Suka kan dah boleh pergi bercuti? Takpe uols, ada tempat menarik korang boleh pergi, tak jauh pun, dekat Selangor je!
Jom kita check out dekat beberapa tempat yang korang boleh pergi tu.
1. Berjoging di Taman Tasik Cyberjaya
Mulakan hari dengan berpakaian sukan kegemaran dan singgahlah ke Taman Tasik Cyberjaya yang terkenal ini. Di sini, terdapat beberapa trek larian terbaik yang boleh anda cuba dengan rakan-rakan anda! Juga tidak ketinggalan, persekitaran yang menenangkan serta udara yang segar di taman hijau ini sudah pasti akan memberikan anda satu perasaan yang nyaman untuk bersenam.
2. Singgah di Restoran Adik Abang untuk Sarapan Pagi
Tambahkan tenaga anda dengan bersarapan di lokasi kegemaran ramai iaitu Restoran Adik Abang! Di sini, anda akan disajikan dengan pelbagai makanan Malaysia yang lazat di mana anda boleh memesan dari menu mereka. Adalah sangat digalakkan untuk anda mencuba Lontong, Nasi lemak dan Roti Canai di kedai ini. Sekiranya anda merupakan seorang penggemar ketiga-tiga makanan tersebut, ini semestinya tempat yang tepat untuk anda!
3. Bergerak ke Litar Antarabangsa Sepang
Teruskan hari anda dengan melawati Litar Antarabangsa Sepang yang terkenal. Di sini, anda akan dibawa ke seluruh kawasan litar ini di mana anda boleh mengisi pengetahuan anda mengenai industri sukan permotoran! Lawatan ini merangkumi lawatan ke Grandstand, Race Control Room, Perdana Suite perdana dan banyak lagi! Jangan lupa untuk mengunjungi Muzium Automobil yang terkenal semasa anda berada di sana.
4. Makan tengah hari di Restoran Nasi Padang Minang Batang Kapeh
Jangan lupa untuk datang ke restoran Nasi Padang yang terkenal di Kampung Salak Tinggi pada waktu tengah hari! Sekiranya anda sedang mencari masakan selera kampung dan tradisional yang sedap tak terhingga, anda boleh datang ke sini untuk mencuba menu ikan bakar dan ikan keli mereka. Selain daripada kedua-dua menu tersebut, hidangan lain yang turut disajikan di sini juga patut anda cuba!
5. Ikuti Mangrove Tour
Dikenali sebagai Taman Tema Aqua yang pertama dan terbesar di Malaysia, Aqua X menawarkan anda dengan pelbagai jenis aktiviti menyeronokkan yang boleh anda lakukan! Antaranya ialah Pakej Mangrove Tour yang akan membawa anda berlayar ke kawasan hutan yang penuh dengan pemandangan indah dan bunyi burung eksotik di sekitarnya. Anda juga boleh mencuba senarai aktiviti menarik yang mereka tawarkan!
6. Melangkah ke Ladang Buah Naga
Semasa berjalan-jalan di Daerah Sepang, pastikan anda berkunjung ke Ladang Buah Naga yang menakjubkan ini. Terletak di Bagan Lalang, ladang ini dikenali dengan buah naga yang ditanam dan terdapat juga sebuah kafe yang boleh anda lawati untuk mencuba menu istimewa mereka iaitu Roti King Kong dan kentang tumbuk yang disajikan dengan kuah buah naga dan juga jus buah naga yang diperah segar!
7. Berbelanja di Mitsui Outlet
Luangkan hari anda di Mitsui Outlet Park yang terkemuka ini untuk mendapatkan satu pengalaman membeli-belah yang terbaik di Sepang! Di sini terdapat pelbagai barangan berjenama dan mewah yang dipasarkan dengan harga yang menarik dan lebih murah berbanding pusat membeli-belah yang lain. Anda pasti tidak ingin ketinggalan mendapatkan tawaran yang diberikan oleh setiap kedai di pusat membeli-belah premium ini!
8. Waktu minum di Book Barter Café
Berehatlah seketika dan bersantai di kafe yang menarik di Tamarind Square ini sambil menikmati waktu minum petang anda! Ruang dalaman kafe ini menggayakan konsep kedai buku di mana ia telah menjadi salah satu tempat yang digemari ramai, terutamanya para pelajar bagi menyiapkan tugasan kuliah mereka. Bukan sahaja persekitaran kafe ini menenangkan, pencuci mulut dan kopi di sini juga semestinya akan menggiurkan anda juga! Jangan lupa untuk turut mencuba Japanese Cottony Cheesecake dan kopi flat-white mereka semasa anda berada di sana.
9. Bersiar-siar di sekitar Tamarind Square Cyberjaya
Setelah meluangkan masa anda di kafe, pastikan anda terokai Tamarind Square ini! Selain terkenal dengan tempatnya yang amat Instagram-worthy, anda juga boleh menyertai beberapa aktiviti mingguan di sini. Antaranya ialah aktiviti Zumba Fitness, Pound Fitness, Yoga dan aktiviti Piloxing! Juga, terdapat pasar malam yang berkonsepkan urban yang diadakan pada hari Rabu ke-2 dan ke-4 yang boleh anda lawati pada setiap bulan. Turut terdapat sebuah majlis hiburan yang dipanggil Lepaq yang akan diadakan pada hari Sabtu terakhir pada setiap bulan di sini.
10. Makan malam di HM Sri Bagan Sepang
Satu penutup yang terbaik untuk hari anda adalah dengan makan malam sambil menikmati bayu laut yang sangat menenangkan! Bunyi ombak dan udara yang sejuk pasti akan mengubahkan mood anda agar lebih tenang. Di sini, anda boleh memilih hidangan dari menu ala-carte atau pakej mereka yang penuh dengan pilihan! Semua menu di sini wajib anda cuba terutamanya Ikan Talapia Bakar, Ikan Siakap Steam dan Sambal Udang Petai mereka yang amat disyorkan!
Itulah dia! Sekiranya anda sudah sampai sejauh ini, ianya bermakna anda sudah membaca kesemua lokasi yang telah kami sertakan dalam jadual perjalanan ini. Oleh itu, jangan lupa untuk pergi ke daerah yang menakjubkan di Selangor ini! Tidak dinafikan lagi, Daerah Sepang ini sudah pasti akan membuat anda kagum kerana tarikannya yang luar biasa!
Untuk informasi lanjut, layari laman sesawang rasmi Tourism Selangor di Selangor.Travel.
korang mungkin berminat baca:
Jom try makan burger ada skirt!
8 Tempat Makanan Terbaik Wajib Anda Serbu di Tangkak