Mesti korang selalu pening mana nak lagi nak pergi berjalan bila cuti setiap minggu.
So selain daripada Menara KL, Tasik Titiwangsa yang dah dibuat pembaharuan, Jalan Alor, terdapat lagi 1 tempat yang mungkin ramai tak tahu iaitu belakang Ampang Point!
Sesuailah untuk Instafamous yang nak photoshoot dengan konsep baru, so korang boleh try pergi ke tempat ni, tak payahlah pergi jauh-jauh kan untuk korang yang memang stay area Lembah Klang.
Dekat situ, terdapat lukisan mural lukisan mural yang membolehkan untuk korang mengambil gambar dengan hiasan dinding yang cantik.
Dia terletak di antara lorong-lorong di belakang bank dan beberapa gerai yang dibuka sekitar kawasan tersebut.
Antara lukisan yang dibuat adalah permainan tradisi kanak-kanak iaitu tinting, dan di sekeliling dipenuhi gambar pokok berwarna hijau dan beberapa ekor burung yang berterbangan di sekitar kawasan tersebut.
Selain itu terdapat juga paparan lukisan mural tiga dimensi (3D) di dinding dan lantai kawasan Senario Ampang.
Malah juga terdapat panorama Permatang Kuartza Bukit Tabur dan Empangan Klang Gates, Zoo Negara serta bergambar dengan bintang lagenda bola sepak Allahyarham Mokhtar Dahari.
Melihat kepada semua dekorasinya, ia kelihatan cukup cantik dengan warna yang terang dan menyerlah, sesuai untuk “Instafamous” mahupun netizen yang suka mengambil gambar untuk dimuat naik dalam media sosial.
Malah kanak-kanak juga pasti sukakannya kerana lokasi mural yang dibuat di tengah-tengah antara dua bangunan begitu menarik perhatian masyarakat untuk berkunjung tanpa sebarang gangguan kesesakan lalu lintas di sana.