Bercuti dalam Cruise, apa aktiviti boleh dibuat?

0 Comments

1-3

Gambar : thevocket 

Semua orang nak merasa cara percutian yang mewah dan mempunyai konsep yang berbeza, di pulau, laut, tempat sejuk, musim bunga, macam-macam lagi. 

Tapi bukan semua orang tahu percutian di atas cruise dan apa aktiviti yang korang boleh buat sampai seminggu ata kapal tu. Kan?

Cik Gaya pun teringin jugak, tapi Cik Gaya nak kena buat saving banyak-banyak dulu lah, min ni jenis suka cuti beramai-ramai, tak suka sorang-sorang, nanti tak happening. Betul tak? 

So, apa yang mungkin korang boleh rasai, angin bertiup sepoi-sepoi bahasa dan rasa tenang melihat kebiruan lautan, apa yang Cik Gaya boleh cakap, rasa lah sekali seumur hidup menaiki dan berlayar dengan cruise untuk ke sesuatu destinasi.

1. Rekaan dalaman yang cantik

P1700917

See, rekaan penuh elemen klasik tapi tampil mewah. Pilihan warna dalam setiap ruang seperti coklat, gold, putih dan sebagainya menjadikan ia tampil mewah dan elegent.

1-2

Kebiasaannya terdapat 18 dek yang boleh menempatkan seramai 2,670 pengunjung. Selain itu, untuk korang yang suka bergambar, jangan lepaskan peluang untuk bergambar di setiap sudut kerana memang ‘Instagrammable’ dan u guys boleh bergambar seperti dalam filem Titanic.

2. Pilihan restoran

photo_2020-01-29_23-19-26

Gambar : thevocket 

Difahamkan terdapat 12 pilihan restoran dan 5 bilik fine dining dalam cruises ini. Kalau korang lapar tengah malam pun jangan risau kerana ada restoran dibuka 24 jam untuk korang. Masakan yang dihidangkan sangat enak dan layanan sangat memuaskan. Jangan risau! 

photo_2020-01-29_23-19-21

Gambar : thevocket 

3. Perkhidmatan

Jika uols datang seorang, anda tidak perlu risau. Ini kerana terdapat pelbagai perkhidmatan dan aktiviti menarik yang boleh korang cuba. Antaranya adalah spa dimana untuk memanjakan diri.

P1700919

Gambar : thevocket 

Selain itu, korang juga boleh menyaksikan pelbagai persembahan seperti persembahan tarian, persembahan magik dan juga teater. Memang ‘awesome’! u guys memang takkan berasa bosan sepanjang penginapan anda.

4. Membeli-belah

image_1200x_

Sumber : Dreamtimes 

Kalau korang memang kaki shopping, so sini adalah tempat sesuai untuk u guys! 

Terdapat pelbagai barangan yang boleh dibeli seperti cincin, rantai, jam tangan, lukisan dan banyak lagi. Kalau korang jenis tak kuat iman, so iman korang mesti akan bertambah goyah sebab dekat sini duty free! 

Leave a Reply

Your email address will not be published.