5 snek halal 7-Eleven Thailand wajib borong
Sumber: @hatyai_murah
Hanya mereka yang pernah ke Thailand akan tahu betapa bestnya memborong barangan yang dijual di 7-Eleven negara jiran itu. Tidak kira di Bangkok, Krabi mahupun Hatyai, 7-Eleven di sana cukup terkenal dengan pelbagai pilihan snek makanan dan minuman yang menarik.
Sumber: Twitter
The best part is, semakin hari semakin banyak snek makanan & minuman yang memiliki logo Halal untuk anda cuba.
Menurut perkogsian pemilik akaun Instagram @hatyai_murah yang sering ke Hatyai yang pada hujung minggu, meskipun terdapat snek jenama dari Thailand sudah memasuki Malaysia, masih terdapat banyak lagi yang hanya boleh dibeli di sana.
“RM100 dekat 7E sahaja. Tak make sense langsung kalau kat 7E Malaysia habis RM100 dapat banyak ini semua. Senang cerita 7E malaysia ni kedai terdesak je,” seloroh beliau kepada Raja Cuti.
Berikut 5 snek halal popular boleh dibeli di 7-Eleven Thailand:
1. Susu Meiji
Menariknya, susu jenama Meiji sering melancarkan perisa menarik seperti terbaharu, Hokkaido Cheese Tart.
2. CP Burger
Antara menu popular: Double Chicken & Cheese, Spicy Chicken Chicken & Cheese, Black Pepper Chicken Steak, Shrimp and Fish Steak Seafood burger.
3. Lays
Potato chips perisa Salted Egg antara paling sedap pernah dicuba.
4. Snek lain dari CP
Sebenarnya banyak lagi makanan lain jenama CP yang sedap, Just mintakkan pekerja di kaunter panaskan makanan tu, anda confirm kenyang tak perlu spend untuk makanan mahal.
5. Ais krim
Meskipun jenama Nestle ada di sini tetapi ice cream Nestle di sana mempunyai flavor berbeza seperti Salted Caramel.
Nota: Kesemua maklumat dan gambar yang digunakan adalah milik akaun Instagram @hatyai_murah. Raja Cuti telah mendapat kebenaran terlebih dahulu untuk menyiarkannya.
#RCLocalSecret