Bawa anak umur setahun travel ke 3 negara: Lelaki ini kongsi 9 tips!

0 Comments

Bawa anak umur setahun travel ke 3 negara: Lelaki ini kongsi 9 tips!

 

        

 

“Tak kesian ke dengan baby? Kecik lagi nak bawak
naik flight sampai 10 jam. Lagipun dia bukan tahu apa-apa lagi”

Itu merupakan ayat
yang biasa
Mohd Fauzi Zakaria dengar apabila beliau menyuarakan hasrat nak bawa anak sulungnya,
Qaira yang berumur setahun untuk travel ke
TIGA negara iaitu Singapura – New Zealand
– Australia.


 

Menurut Mohd Fauzi Zakaria, kadang- kadang kita rasa kita dah cukup berani
dan yakin. Tapi bila dengar cakap-cakap orang, terus jadi bimbang dan takut.

“Jadi, apa cara nak hilangkan rasa bimbang dan
takut ni? Jawapannya adalah buat persediaan rapi dan bertanya orang yang betul,”
katanya kepada Raja Cuti.


 

Pada November 2019, Mohd Fauzi Zakaria dan
isteri telah membawa cahaya mata mereka travel ke TIGA negara dan berikut
adalah SEMBILAN tips untuk anda yang merancang nak bawa bayi turut sama
melancong ke luar negara.

1.      
Biasakan bayi anda
dengan suasana cabin kapal terbang

 

“Saya sudah
merancang percutian ini 10 bulan awal. Jadi sebelum ke sini, saya cuba bawa dia
ke DUA destinasi dahulu. Pertama ke Krabi, Thailand penerbangan
sekitar 1 jam 15 minit. (usia anak 3 bulan). Kedua, ke Kota Kinabalu,
penerbangan sekitar 2 jam 30 minit. (usia anak 8 bulan).

 


“Konsep saya mudah,
jika jarak dekat pun dia meragam, jarak jauh apatah lagi. Jika dia lulus jarak
dekat, boleh dipertimbangkan untuk jarak jauh. Alhamdulillah, anak saya, Qaira
lulus kedua-dua ujian,” jelasnya.

 

2.      
Dapatkan nasihat
doktor

 

Oleh kerana beliau
pergi ke negara yang berlainan musim, khidmat dari pakar amat perlu. Dan satu
nasihat doktor yang saya ingat, bayi ada kemungkinan akan sembelit atau
susah buang air besar
. Ini mungkin kerana faktor makanan atau persekitaran.
Jadi, beliau perlu standby ubat untuk memudahkan dia membuang air besar.

 


 

3.      
Siapkan
semua dokumen perjalanan

 

New Zealand dan Australia adalah negara yang
mewajibkan setiap pengunjung untuk memohon Visa. Jadi, pastikan Visa lulus dahulu,
baru beli tiket kapal terbang.

 

4.      
Booking tiket

Satu benda best bawa bayi ialah harga tiket
mereka cuma 10% sahaja, manakala untuk perjalanan domestik, ada yang
percuma. (dalam kes ini, beliau merujuk pada Air New Zealand). Jika anda
naik low cost airlines, pastikan anda beli seat di bahagian depan yang boleh install
Bassinet
. Jika tidak, anda mungkin terpaksa pangku bayi anda sepanjang
penerbangan.


Untuk penerbangan premium atau tambang penuh,
anda hanya perlu manage booking dan pilih tempat duduk yang ada simbol
bassinest (dalam kes beliau, perkhidmatan ini percuma, walaupun tarikh
penerbangan lambat lagi).

 

5.      
Itinerari yang santai

Membawa bayi travel bukan seperti nak travel
gaya backpackers. Itinerari tidak boleh terlalu padat. Beliau skip ke Milford
Sound, Tunnel Beach dan Invercargill. Bermalam 2 hari masing-masing di Twizel
dan Wanaka dan cuma daytrip ke Queenstown. Ini untuk meminimumkan proses
packing dan unpacking agar tidak memenatkan ibu bayi nak kemas barang.

 

6.      
Waktu dan tempoh masa penerbangan

 

Untuk elakkan bayi meragam, pilih penerbangan
pada waktu malam. Dan pada siangnya, pastikan bayi ada aktiviti ektra yang
menyeronokkan. Jadi, bayi akan berjaga siang dan apabila penat, selepas minum
susu, bayi akan tidur dengan nyenyak.


“Dalam kes ini, waktu pergi saya jalan-jalan
dulu di Singapura, sebelum ambik direct flight ke Auckland dengan flight jam 11
malam selama hampir 10 jam. Manakala penerbangan balik dari Sydney ke Kuala
Lumpur selama hampir 9 jam. Hari terakhir, kami habiskan masa melawat kangaroo
dan haiwan laindi Tarongga Zoo. Alhamdulillah, Qaira tidur lena tanpa banyak
ragam di kedua-dua perjalanan,” katanya.

 

7.      
Makanan bayi

 

 

Antara punca bayi meragam ialah sebab dia
lapar. Jadi, persediaan untuk memberi makanan yang berkhasiat dan dijamin
bersih sangat penting. Berkaitan makanan, jika ada bawa makanan pastikan anda
label dan declare semua makanan dan ubat-ubatan di lapangan terbang sebaik
tiba.

New Zealand sangat
strict pasal makanan yang dibawa dari luar. So, jangan malas!

·        
Buat list siap-siap, nak lagi cantik
taip kat komputer dan print warna.

·        
Beratur di lane declare. Jangan cuba
menipu. Mungkin akan ambik masa sikit beratur sebab staf airport akan cek beg
satu per satu.

 

Alhamdulillah, sebab print berwarna, staf sana
tak punggah teruk beg.

 

8.      
Pampers & keperluan lain

 

Tak nak poket rabak? Bawak pampers lebih dari
biasa. Begitu juga susu dan wet tisu. Harga barangan bayi agak mahal apabila
ditukar kepada matawang RM. Dan belum tentu pampers atau susu di sana sesuai
pula dengan bayi kita. Jadi, bawa lebih sikit sebagai persediaan. Lagipun, kat
sana self drive. Tak perlu nak berpindah randah naik bas atau train. Takde
masalah nak angkut beg berat.

 

9.      
Tempat penginapan.

 

Waktu buat tempahan, pastikan anda masukkan
details sebenar. Jika ada bayi, masukkan juga bilangan bayi waktu nak tempah
tempat penginapan. Jangan ambil mudah dengan andaian ‘ala, baby je pun’.
Ada sesetengah tempat penginapan tidak membenarkan bayi menginap di premis
mereka. Ini untuk mengelakkan gangguan kepada tetamu mereka yang lain jika bayi
meragam atau menangis. Ini penting, kerana jika anda booking melalui pihak
ketiga seperti traveloka atau expedia, kadang-kadang laman web mereka tidak
memberi pilihan untuk memasukkan bilangan bayi.


Nota: Kesemua maklumat dan gambar yang
digunakan adalah milik Mohd Fauzi Zakaria. Raja Cuti telah mendapat kebenaran
daripada beliau terlebih dahulu sebelum menyiarkannya.

 

#RCLocalSecret

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.