Waktu terbaik untuk Aurora Hunting
Kejayaan melihat keindahan pemandangan fenomena Aurora bukanlah satu bucket list yang mudah tercapai. Ia memerlukan kesabaran, planning yang rapi dan bajet yang agak tinggi.
Sumber: tacdn
Aurora Borealis atau nama lain Northern Lights, biasanya boleh dilihat di tempat-tempat seperti Iceland, Scandinavia, Alaska dan bahagian utara Kanada.
Menatap kejelitaan Aurora sememangnya menjadi keinginan ramai pengembara. Mana taknya, langit warna-warni weh. Hebat sungguh ciptaan tuhan. Subhanallah.
Sumber: Travel+Leisure
Tapi gang, korang kena tahu waktu yang betul untuk tengok Aurora tau. Waktu terbaik untuk melihat Aurora adalah di antara September, Oktober, November, Disember, Januari, Februari dan March.
Korang juga kena bersiap sedia dengan pakaian winter kerana suhu boleh mencecah kepada paras –10’C. Sejuknya! Tapi bila dapat lihat Aurora tu, korang lupa yang korang tengah menggigil.
Sumber: Walpaperflare
Tempat yang dikatakan terbaik untuk melihat Aurora adalah di Abisko, Sweden sebab dekat sana ada micro climate tersendiri. Maknanya langit di Abisko tidak banyak awan dan cuaca selalu terang.
Ada juga yang berpengalaman melihat Aurora cakap pilihan terbaik adalah ke utara Iceland. Jauh dari bandar bermakna akan mengelakkan pencemaran cahaya dan langit menjadi paling gelap, memberikan anda pemandangan terbaik.
Sumber: Walpaper Flare
Korang juga boleh memburu di Narvik, Tromso dan kawasan Lappland, Finland. Tapi uols, ramai yang cakap, peluang tengok Aurora di Abisko adalah lebih tinggi.
Tapi, macam mana nak tahu yang Aurora tu nak muncul ek? Haa. Sebenarnya, siap ada apps tau. Korang download je apps ni: My Aurora Forecast Pro.
Sumber: mzstatic
Dua jam sebelum kemunculan Aurora, apps tu akan memberi notis. Pastikan anda sentiasa up to date dengan notification from the apps tu.
Lagi satu korang kena prepare, skill menggunakan kamera. Al maklumlah sejuk-sejuk tu, tangan pun rasa macam nak beku kan?
So, uols better berlatih cara guna kamera terlebih dahulu. Kalau segan nak tanya pakar fotografi tentang tu, tengok je tutorial kat YouTube
Yang penting, kalau betul-betul nak pergi Aurora Hunting tu, make sure anda tahu cara terbaik untuk snap gambar yang cantik kerana jika silap teknik, gambar jadi gelap. Rugi nanti oii.
Sumber: WallpaperAccess
#RCCalendar