1 Dec 2019 – Perjalanan Hari Kedua

0 Comments

Hari ni kita breakfast sambil bersenang lenang kat depan swimming pool. Sarapan pagi memang termasuk dalam pakej ok, so bedal je. Pilihan English breakfast Kat sini tak banyak tau pasal diorang lagi suka promote makanan lokal. Bab rasa tu tak la lari jauh sangat ngan tekak org Malaysia. 

A plate of food on a table

Description automatically generated

First destinasi hari ni, kitorang ke Sari Amerta. Yang ni tempat pembuatan batik kat Gianyar. Batik lukis tangan yg femes kat Bali ni datang dari sini la. Kalau nak beli batik kat sini boleh, Cuma harga dia mahal skit. Tapi kalau cakap bab corak dan kualiti kain, gedung pameran batik diorang memang win. Sempat jugak singgah kat Yatra Galeri, tempat artis tempatan buat aksesori dari perak ngan emas. Semuanya handmade ok. Setiap design tu memang rare, tapi tu lah, tak leh amik gambar ?

Sampai haritu dah gi shopping manja-manja kat Kuta tapi kali ni kat Ubud Market pulak. Kat Kuta tak lah banyak sgt beli, yang banyak usha barang ngan harga. Bukan apa, last day kat Bali nanti kita masih ada masa nak shopping kat Kuta. Lagipun kalau baca review sebelum datang hari tu, memang diorang kata harga barang kat Kuta ni mahal sikit. Maklumlah ni kan town…banyak tourist.

Bab transport ke Ubud, jangan risau. Paket Kembara Raja Cuti ni memang datang dengan pemandu yg dah dibooking tuk bawak kita jenjalan. Pada korang yg tak nak pening kepala cari teksi atau Grab, booked pakej macam ni paling senang. Lepas tu tak payah pikir lagi bab kasi tips, semua dah dibayar.

Satu jam juga lah perjalanan dari Kuta ke Ubud. Sempat la curi-curi tido jap dlm kereta. ? Ubud market ni ada 2 tau. Satu Ubud Art Market, satu lagi Ubud Street market. Sebelah-sebelah je.

Apa yg best kat Ubud Market ni? OMG…barangan perhiasan perak dia sangat cun. Tapi mahal sikit la, pasal org tempatan yg buat. Tapi yg satu ni memang korg kena beli. Batik Bali gais! Corak dia…ya ampunnn. Cantik sangat. Kalau tak sebab cukai bagasi, habis berkodi-kodi kain ni kitorg borong. Hahahaaa. Tapi takpe, dapat sambar sehelai dua pun jadilah. 

Kat sini kalau nak beli barang jangan lupa bargain tau. Dapat la murah sikit…especially masa nak beli beg rotan Bali okay. Rambang mata!

A display in a store

Description automatically generated
A picture containing person, building, outdoor

Description automatically generated
A picture containing person, table, food, indoor

Description automatically generated
A group of people in a store

Description automatically generated
A group of people in a store

Description automatically generated
A picture containing person, outdoor, man

Description automatically generated

Abis shopping, kitorang gerak gi Kintamani pulak. Eksaited dapat peluang tengok gunung berapi yg masih aktif depan mata. Dari Ubud ke Kintamani amik masa lebih kurang satu jam lagi. Dapat lah kitorang rehatkan kaki pasal tadi dah pulun berjalan beli barang, lepas ni nak mendaki pulak. Kata nak adventure kan.

Lunch hari ni kita makan sambil tengok pemandangan Gunung Batur. Buffet yg dah memang ada dlm pakej kat Kintamani Restoran. Pilihan makanan dia memang banyak. Ada gado-gado, sate, sup tomato, nasi goreng,,,eh banyak lah.  

Keadaan kat Kintamani ni lain dari Kuta dan Ubud. Sini tak lah sesak sangat ngan orang…hihihi. 

Pemandangan Gunung Batur ni memang cantik. Susah nak gambarkan dengan perkataan, ala-ala gambar dalam poskad kau. Ceh…nostalgia. ?Tapi kena naik tangga sikit la pasal nak tengok kawah gunung berapi ni. Kalau ada peluang korg kena lah datang sendiri. Oh ya, kat sini sejuk skit. Pada yang tak tahan sejuk, make sure korang ada bawak jaket.

A group of people in a room

Description automatically generated
A person sitting at a table full of food

Description automatically generated
A plate of food on a table

Description automatically generated
A person standing in front of a mountain

Description automatically generated

Now kita nak pergi Lovina Beach pulak. Kena check in kat sana pasal esok pagi ada aktiviti super special yang kitorang dah booked kat Lovina Beach. ? nak tau pasal tu, esok punya cerita lah.

Dari Kintamani ni amik masa 2 jam la lebih kurang nak sampai Lovina Beach. Sebab tu kitorang sarankan amik pakej yg dah siapkan driver…kalau tak berdarah la nak bayar duit sewa teksi. Tapi 2 jam kematu dalam kereta tu rasa berbaloi sgt la bila sampai kat hotel kitorang.

Sumpah cantik sangat! Kitorang check in kat Aneka Lovina Villas & Spa. Ha ingat tu. Korang kalau sampai kat Lovina ni kitorang rekemen check in kat sini. 

A bedroom with a bed and a chair in a room

Description automatically generated
A house with trees in the background

Description automatically generated
A resort near the water

Description automatically generated
A picture containing ground, person, outdoor, animal

Description automatically generated

Bilik cantik, ada wifi, suasana dia tak lah bising macam kat Kuta dan pantai Lovina kat seberang jalan je ? Jangan terkejut tau bila korang jenjalan kat pantai Lovina ni pasal pasir dia warna hitam. Lain sikit dari biasa.

A large body of water

Description automatically generated

Dinner kitorang mlm ni Purnama Restoran. Serius best sebab dapat makan sambil dengar ombak kat pantai. Dinner pun termasuk dalam pakej Kembara Raja Cuti ni. So tak pening nak cari tempat makan halal. 

A white plate topped with meat and vegetables

Description automatically generated

So, ni masa kitorang nak rest. Esok pagi ada aktiviti awal pagi nak buat. Lagi awal dari bangun gi opis. Stay tuned!

Leave a Reply

Your email address will not be published.