30 Nov 2019 – Perjalanan Hari Pertama

0 Comments

Finally gais, kita dah sampai di Ngurah Rai Airport! Eksaited sangat akhirnya sampai Bali. Sebelum kita mulakan adventure kat sini perut kena isi dulu ? Kalau kat Indonesia, makanan kebangsaannya apa lagi kalau bukan bakso. Kat arrival ni ada Bakso Lapangan Tembak Senayan. Syiok! 

Kalau korg tak rasa nak makan bakso, banyak pilihan lain kat Ngurah Rai ni. Kalau nak makan kat luar arrival hall ada pilihan kudap2 dan kue tradisi utk alas perut especially kalau korang sampai awal.

Pasal pengangkutan nak ke hotel, pakej yg kitorg amik ni memang dah sediakan kenderaan untuk ke hotel. Tapi, kalau korg travel tak ikut pakej, baik buat booking awal2 utk elak kena tipu dengan taxi mafia kat airport tu. Plus, harga tambang keluar dari Ngurah Rai biasanya 50% lagi tinggi kalau guna teksi rasmi, Koperasi Taksi Ngurah Rai yg dibenarkan beroperasi kat situ.

Kalau nak amik teksi yg murah sikit, kenalah pakai Blue Bird Taxi. Cuma Blue Bird Taxi ni tak boleh pick-up orang kat arrival. So, apa yang korang boleh buat adalah jalan sikit ke departure hall. Taxi Blue Bird ni boleh drop-off org kat departure. Pastikan taxi pasang dulu meter sebelum jalan okay. Kalau nak, korg boleh muat turun app Blue Bird Taxi ni utk kegunaan sepanjang berada kat Bali. Lagi senang.

Kalau nak pakai Grab pun boleh. Biasanya tambang dia 70% lagi murah dari semua perkhidmatan teksi yang ada.

Okay gais…yg ni special sikit. Kalau dah travel jauh-jauh mesti badan letih kan. Lagipun kitorang gerak awal pagi kot. So, apa yang kita perlukan adalah sesi urut! ? Yg ni free pasal booked dengan Pakej Kembara Raja Cuti. 1 jam sesi manjakan diri kat Aroma Spa, Bali Brasco. Legaaaa…

Malam pertama ni kitorg akan tidur @Solaris Kuta! Boleh la cuci mata skit hahaha. Jarak hotel dari Ngurah Rai? 2.9km jer. Dekat kan ? Bilik superior dia ok la…kemas, functional dan selesa. Tapi yg penting ada wifi okay. 

A bedroom with a large bed in a room

Description automatically generated
A picture containing floor, indoor, building, window

Description automatically generated

Check in sudah, barang pun dah settle dalam bilik. Satu je lagi, perut lapar pulak. Bakso yg kitorang makan kat airport tadi tak cukup. Hihihiiii. So, kitorang pilih utk lunch kat hotel je. D’Pine Restaurant ada makanan lokal dan juga western. Choice memang banyak ? Kenalah isi perut dulu pasal lepas ni kitorang nak g shopping kat Kuta!

OMG! Rambang mata gais kat sini. Rasa macam semua nak beli, kalau la airlines tak kenakan baggage fee dah lama dah kitorg borong semua. Hahaha. So, nasihat untuk korg, tetapkan iman. Beli yang betul-betul berkenan je. Oh ya, jangan lupa tawar harga tau. Kebiasaan kat Bali ni, harga yg peniaga letak tu sebenarnya tinggi. Lebih 300%! So kena bargain sampai lebih dapat lebih kurang 1/3 harga okay la.

A bunch of items that are on display in a store

Description automatically generated
A group of people in a park

Description automatically generated

Untuk dinner, kitorg pilih utk makan kat Ayam Betutu Khas Gilimanuk di Jalan Raya Tuban Kuta. Harga untuk hidangan ¼ ekor harganya Rp. 26.000, ½ ekor Rp. 43.500 dan 1 ekor ayam betutu harganya Rp. 76.500. Nasi dan hidangan sampingan macam sayur kangkung, kacang goreng dan sambal memang dia bagi sekali. Halal…jgn risau. Kat area Kuta ni ada banyak pilihan warung makan halal. Boleh Google je sebelum pergi. Senang je.

A plate full of food

Description automatically generated

Perut dah kenyang, apalagi kita balik hotel la. Lagipun satu hari ni penuh dengan aktiviti berjalan. Rehat dulu sebab esok kita nak tengok ikan lumba-lumba kat Lovina Beach pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published.