Airport Fashion ke Fashion Show ni?

0 Comments

Airport fesyen? Apa tu? Pergi airport pun kena pakai cantik and mahal-mahal ke? Gigihnya. Jangan terkejut bahawa ada yang dress up tau! Kebiasaannya selebriti antarabangsa.

But WHY? Sebab bagi peminat setia, waktu seseorang artis itu hendak ke sesebuah destinasi atas dasar kerja kebiasaannya, mereka akan sanggup menunggu selebriti itu di lapangan terbang bersama DSLR.

Idol kumpulan muzik K-pop kebiasaannya antara yang sering mempunyai ramai peminat dan gambar OOTD itu nanti dikongsikan di media sosial peminat itu seperti Instagram dan Twitter fan account mereka.

Malah ada dalam kalangan peminat setia ni yang rajin senaraikan pakaian dan aksesori jenama mewah dipakai oleh seseorang artis berserta harga barangan itu. OMG!

Sudah menjadi kebiasaan oleh sesetengah artis ditunggu peminat di lapangan terbang, justeru ada antara mereka yang tampil bergaya meskipun pakaian itu akan dipakai di dalam kapal terbang sehingga ke 20 jam bagi perjalanan jauh.

Ada juga artis yang mengenakan pakaian simple sahaja seperti sweatpants tetapi dalam masa sama kekal kelihatan bergaya. Mana tak letups uolls, sweatpants jenama Gucci, Prada segala.

Ala, Rihanna pakai apa pun cantik kan? GIRL CRUSH! Tapi kan, airport fashion ni memang untuk artis je ke ea? Tak juga. Ia untuk orang yang rajin nak dress up, meskipun ko tahu yang ko akan spend berbelas jam dalam flight.

Kalau setakat ke Jakarta, dua jam dah sampai, ok juga kan? Sebab bila touch down, memang boleh terus photo shoot for OOTD sambil pusing city.

Ha, ni some ideas untuk hijabista di luar sana. Confirm smart la gambar korang nanti sebab airport fashion kemain elok!

Korang kena pandai pilih kombinasi warna juga. Warna grey not bad kan? Cantik sangat. Tapi kan, kalau orang tu da memang cantik, pakai apa pun cantik je. Ya tak?

Tengok ni Datin Vivy Yusof, tak pernah tak on outfit dia kan? Amboi banyaknya luggage. Mesti penuh dengan outfit yang cool! Bestnya!

So korang, what’s your Airport Fashion?

#RCEssentials

Leave a Reply

Your email address will not be published.