Travel dengan kawan-kawan merupakan satu plan yang ramai impikan. Walaupun entah bila lah akan menjadi realiti, tapi the planning process pun dah membuatkan kita excited.
Memikirkan tentang list tempat nak pergi, aktiviti shopping, usha life guard hansome tepi pantai, ehh. Semua tu menaikkan lagi semangat nak travel with our BFF!
Haa gambar bukan kemain. Paris ya. Padahal kita plan ngan kawan nak pergi Langkawi je pun. Tapi tak salah nak berangan. Siapa tahu mampu jadi kenyataan? Amin.
Nak jadikan cerita, iols last month pergi travel dengan BFF ke Bangkok. Dekat je, tapi tengokla siap refer checklist dekat Google ha.
Meskipun, kami bertiga dah kawan almost 17 tahun, tapi ni first time travel sama-sama. Dulu ada juga ikut rombongan sekolah ke Cameron Highlands. Tapi lain feel dia.
Yelah, sebab ni, semua benda kena buat sendiri. Book tiket, cari hostel, list tempat mana nak pergi. Dah sorang suka adventure sorang suka shopping. Payah gini.
Nak jadikan cerita, Sabtu pagi nak fly kitorang jumpa la kat KLIA2. Memasing dengan bag pack bagai. Travel light & easy konsepnya. Cam biasa la perempuan kalau excited nak travel, habis satu airport meriah di buatnya.
So lepastu kami pun fly dan sampai ke Bangkok. Kitorang ambil grab ke hostel sebab bila bahagi tiga jimat. Cari Tuk Tuk tak nampak pula kat airport sana. Haha.
Maka sampai la kami ke hostel, best gila weh bawah ada 7E. Dah la 7E sana heaven okay! So, kitorang pun check in la.
Bila dah dapat bilik, kami pun keluarkan barang dari beg nak solat dulu. Masa tu, tiba-tiba, my friend sorang ni menjerit, ‘WEH BEG AKU WEH!’
Two of us terus menjerit sama! Haaa. Biar betul?
Macam tak logik kan tertinggal bag. Kawan I sorang ni sebenarnya takde bag pack, dia selalu pakai beg tarik luggage tu.
Cuma kitorang suruh dia pinjam her brother punya sebab nak matching-matching la dengan backpack. Baru la nampak cool.
So bila kitorang tengah tunggu kat airport tadi, kitorang letak tepi bag tu. Then si dia ni boleh terlupa pula. Aduhh. Nasib baik she bring her wallet, passport and semua duit dalam sling bag.
Kiranya yang tiada masa di Bangkok adalah baju jalan, baju tidur dia, toiletries dan make up. Haha. My friend contact customer service klia2 and they found her bag and tolong simpankan.
So, apa dia buat untuk survive di Bangkok selama 5 hari? Baju masa first day, pinjam kitorang punya. Then memang kena beli la dekat mall berdekatan.
Nasib baik murah. Aduh. Macam-macam la. Korang macam mana? Pernah alami tak?
#RCPeopleAreFunny