Tips Elak Kulit Kering Sewaktu Winter

0 Comments

Siapa tak excited nampak snow? Asyik-asyik kena hujan je kan kat Malaysia ni. Cakap pasal snow, teringat pula dekat Olaf. Dah tengok Frozen 2 belum? Tiberr.

Sumber: Bustle

Tapi bila travel masa musim sejuk ni, takdela semuanya indah-indah belaka. Tangan rasa macam nak beku especially bila keluar jalan time malam. Aduh.

Sumber: Tico Aventurero

Serious sejuk! Menggigil tau. Tapi, korang jangan takut pula nak travel time winter. Peringatan ni nak bagi korang lebih prepared lah.

Okay artikel kali ni, kita nak share barang keperluan wajib perlu bawa semasa trip musim sejuk. Kalau takde macam mana? Beli je kat negara korang nak pergi tu nanti.

  • Hand Warmer

Apa tu? Dalam hand warmer ni ada sejenis gabungan liquid yang boleh menghasilkan haba yang panas jika terdedah dengan udara.

Ia juga boleh bertahan selama berjam-jam.

Benda ini juga sesuatu yang orang Korea selalu pakai ketika winter. Perasan tak dalam drama selalu nampak si boyfriend bagi si girlfriend? Amboi.

  • Moisturiser

Ni penting tau. Tak kira lelaki atau perempuan. Nak tahu tak sebab apa? Bila kulit kita kering yang terlampau, kulit kita nanti boleh jadi flaky. Lepastu sakit tau.

So, nak elakkan benda tu ruin your trip, make sure pakai moisturizer. Cari je kat farmasi. Banyak choice ada. Tak mahal sangat pun.

  • Lip Balm

Bibir kering dan mengelupas sebenarnya turut boleh berlaku kepada lelaki. Ya, mungkin tarikan utama lelaki bukan pada bibir, namun masalah ini akan membuatkan korang tak selesa.

Tak semestinya during winter je, bibir kering boleh berlaku pada bila-bila.

Punca utama kepada masalah ini bergantung kepada cara hidup individu. Mungkin disebabkan oleh pemakanan, cuaca dan kekurangan zat.

Lip Balm ni kalau korang pergi Korea, jangan risau. Berlambak pilihan dekat sana. Lebih 30 brands tau.

  • Hand Cream

Hand cream kadang-kadang can be oily and some of us maybe tak suka kan? Ye la, nanti bila nak pegang phone, licin la itu la.

Tapi, dekat kedai now dah banyak sangat pilihan hand cream. Ada yang cepat meresap, water based la. Semua jenis boleh cari.

Ok so those yang nak packing for winter tu, semua barang ni dah ada dalam bag pack belum? Kalau belum sila masukkan please. Confirm trip korang akan rasa lebih selesa meskipun sejuk ya ampun.

#RCEssentials

Leave a Reply

Your email address will not be published.