Hi coffee lovers! Iols rasa nak cari tempat best for mengopi lah. Tapi tak nak yang beshe-beshe like Iced Americano tu. Kopi macam tu memang everyday setiap morning pun minum dah.
Kalau bagi uolls kan, korang suka minum kopi sebab apa? Memang jenis perlukan kafein untuk stay awake ke, atau tak lengkap kalau sehari tak minum?
Dah nama peminum tegar kopi, ni nak bagi trivia sikit ni, dalam dunia ni ada banyak jenis kopi tau tetapi terdapat tiga jenis yang popular ditanam iaitu Coffea Arabica, Coffea Robusta dan Coffea Liberica.
Mesti ada antara korang tak tahu pun sebenanya minum kopi jenis apa kan? Takpe yang penting uols tahu yang no matter what type of coffee sekalipun, you need to have one.
Kalau sekarang ni dapat minum kopi Vietnam macam on juga ea. Ala yang selalu Nampak kat Instagram tu. Haaaa Drip Coffee. Dapnyaaa. Tambah pula dengan fruit pastry. Heaven uolls.
Kalau kat Vietnam, kopi panas ni dipanggil (Ca Phe Sua Nong) yang selalunya diminum pada waktu pagi sementara Iced Coffee (Ca Phe Sua Da).
Kopi ini dibuat dengan cara menyeduh (drip), lalu dicampur dengan ais dan susu kental manis. Dalam proses pembuatannya, kopi Vietnam menggunakan lebih banyak biji kopi yang digiling.
For your information, kopi Vietnam jenis Robusta memiliki kadar kafein lebih tinggi dibandingkan Arabika. Iols pernah minum sekali pada waktu malam, memang kira kambing biri-biri la malam tu.
Bagi menghasilkan secawan kopi Vietnam, alat penyeduh kopi yang terbuat dari baja tahan karat diperlukan. Alat ini bernama Phin dimana bentuknya seperti topi pesulap.
Korang yang ada plan ke Hanoi ke, Ho Chi Minh ke, boleh la cari Kopi Vietnam ni.
Selain daripada Drip Coffee, kalau korang ke Vietnam nanti, jangan lepaskan peluang untuk try Egg Coffee juga. Antara menu popular lain dekat sana!
Kopi telur? Biar betul? Tapi dah sampai sana, cuba la gang! Yang penting halal.
Egg Coffee ini dibuat daripada telur kuning dan kopi. Telur kuning itu akan dibancuh sehingga sebati dan dicampurkan dengan kopi Vietnam.
Padu!! Rasanya seperti kopi lemak yang penuh berkrim. Rasa kopi pahit yang kuat mengaburi bau telur ayam yang hanyir itu.
Macam pudding pun ada juga! Telur, susu, serbuk kopi, sedikit mentega dan keju adalah bahan yang digunakan.
Mana nak cari Egg Coffee kat Malaysia ni. Drip Coffee banyak dah sini kan gang? Takpe la, kita try bancuh sendiri kat rumah dulu la. Jemput minum gaiss!
#RCLocalSecret