Sepertimana kita thau Jepun penuh dengan keunikan budaya, makanan yang sedap malah bahasa mereka yang unik. Walau bercuti banyak tempat sekali pun , takkan ada yang sama dengan Jepun. Ini adalah salah satu tarikan yang membuatkan banyak pelancong dating kembali ke negeri matahari terbit ini.
Jadi kalau korang nak Tarik perhatian orang tempatan , korang kena la ikut cara dorang. Baru lah tak kekok dan takde yang claim kita pelancong. Berikuat adalah beberapa tips yang korang jangan buat kalau nak melancong seperti penduduk tempatan di Jepun.
Dress Up
Kebanyakkan orang Jepun tidak mengenakan pakaian yang melebih seperti tuxedo dan sebagainya. Mereka mengenakan gaya simple. Pada musim panas, orang Jepun gemar memakai skirt panjang atau seluar slack berbanding seluar pendek. Ada juga yang memakai tshirt biasa dan seluar slack.Paling penting pakai la baju yang tidak menjolok mata dan jangan luoa standby baju cantik-cantik sikit, mana la tahu nak pergi dinner date .
Slip-On
Dalam pada itu, lihat ke kasut kita, sesuai atau pun tidak ? Kebanyakkan restoran traditional di Jepun , fasilit hotel tidak membenarkan korang pakai kasut. Sementara selipar jamban tidak dibenarkan sama sekali (itu korang boleh guna time pergi pantai). Tapi makesure pakai stoking ya sebab di Jepun rata-rata penduduk mereka memakai stoking sebab mudah untuk menukar kasut ke selipar di rumah.
Makan Sila Duduk
Makan semasa berjalan dianggap kasar dan tidak beretika dalam budaya Jepun. Kalau takde tempat duduk, baik cari takpun bawa kerusi hotel tu sekali. Sesetengah kedai runcit menyediakan kerusi di luar kedai. Jadi kalau makan bento silalah duduk ya.
Etika Dalam Kereta Api
Jutaan orang menggunakan kereta api setiap hari di Jepun. Oleh itu, korang kena faham beberapa etika kereta api supaya tidak menyusahkan orang lain. Elakkan makan di dalam kereta api. Yang boleh makan time dalam kereta api adalah shinkansen dan kereta api khas ekiben (kereta api bento). Selain itu akan dianggap kurang ajar jika makan di dalam kereta api. Yang penting jangan bergayut dengan telefon dalam train sebab bakal ganggu orang. Nak cakap, turun dulu.
Pilih Beg Yang Lebih Kecil
Apabila berjalan di sekitar bandar, pilih beg yang lebih kecil seperti beg tangan, beg atau beg silang. Penduduk tempatan tidak menggunakan beg besar kerana bakal menggangu ketika di tempat ramai orang seperti di stesen kereta api. Sila pakai beg kehadapan kalau menaiki kereta api. Baru selamat.
Belajar Ayat Basic Bahasa Jepun
Tiada siapa yang mengharapkan anda fasih berbahasa Jepun untuk perjalanan selama dua minggu. Tetapi mengetahui beberapa frasa asas boleh membantu anda mendapatkan dan membuat kawan di sepanjang jalan. Orang Jepun agak malu apabila bercakap bahasa Inggeris, jadi mengatakan sesuatu yang kecil seperti ‘Konnichiwa’ boleh membuat perbezaan besar dalam bagaimana anda diterima.
Ohayou Gozaimasu – Selamat pagi
Konnichiwa – Selamat siang
Konbanwa – Selamat malam
Arigatou Gozaimasu – Terima kasih
Sumimasen – Maafkan saya / saya minta maaf
Ikura desu ka? – Berapa banyaknya?
___wa doko desu ka? – Di manakah…?
Bawa Wang Tunai
Walaupun banyak kedai yang lebih besar telah mula menerima kad kredit, banyak kedai yang lebih kecil masih tidak mengambilnya. Oleh itu, sentiasa ingat untuk membawa wang tunai dengan anda. Anda boleh tukar mata wang di lapangan terbang dan di seluruh bandar, atau anda boleh tukar di atm 7-E
Jadi dah bersedia tak untuk melancong macam orang Jepun?
#RCManual