Kebanyakan backpackers akan memilih hostel ataupun dorm untuk mereka tinggal selama beberapa hari dek kerana factor harga yang murah dan mereka jarang pulang ke bilik. Pelancong yang mengamalkan travel secara backpack ni menyasarkan hostel bajet sebagai destinasi berehat mereka.
Walaubagaimanapun, beberapa backpacker tidak menganggap hostel itu seperti hotel tetapi menganggapnya sebagai rumah mereka sendiri. Dalam kata lain, sikap mereka sendiri yang menjadikan hostel itu sebagai tempat pembuangan sampah kerana tidak menjaga persekitaran bilik dengan baik. Murah memang murah, tapi tak perlu lah sampai tak kemas bilik tu. Guna lah common sense la sikit.
Berikut adalah beberapa gambar yang membuktikan bagaimana sebuah hostel boleh berubah menjadi tempat buang sampah yang boleh dikatakan musnah akibat sikat backpackers itu sendiri.
HARGA MURAH TAK SEMESTINYA KORANG PUNYA BILIK
Ye hostel memang menjadi pilihan sebab lebih murah untuk setiap pengembara. Memang tidak ada katil besar yang mewah tapi tu tak bermaksud korang boleh buat sesuka hati korang. Lain lah hotel, korang ada bilik sendiri, hostel kena berkongsi. Jadi tak yah lah buat sepah sampai ganggu katil orang lain. Hormat juga orang lain.
ORANG MUDA TIDAK PANDAI BUAT KEPUTUSAN
Rata-rata pelancong dapat kita lihat yang backpack banyak yang muda-muda. Jadi ketiadaan wang itu menjadi factor utama untuk mereka memilih hostel berbanding hotel. Kebanyakkan mereka kurang dalam pemikiran aspek menjaga kebersihan dan hanya mahu berpesta dan bersosial. Jika dah bising sampai tengah malam, ganggu la pelancong lain yang ingin berehat. Jadi kena la bijak dengan keputusan korang, kalau nak berpesta, pergi tempat sepatutnya, jangan dalam hostel.
PENJARA PUN LAGI KEMAS
Kekadang bilik hostel yang kita kongsi dengan pelancong lain dah macam dilanda rebut. Dengan pakaian, tuala entah sangkut dimana, belum cerita lagi beg dan barang yang bersepah di lantai. Kena ingat, kita berkongsi bilik dengan pelancong lain, jadi kena lah jaga adab walau di mana kita berada.
SAMPAH SILA BUANG
Fasiliti dapur dan pantry di hostel kena la kita gunakan dengan ebaik mungkin. Macam mana bersih masa kita masuk dulu, macam tu lah kita kena jaga. Hal ini kerana, pantry tu ramai orang guna, bukan sinki rumah kita tau. Sampah makanan, botol air , dan sisa makan haruslah dibuang dengan betul dan jaga lah kebersihan sekitar pantry. Pandai makan, pandai buang.
GADUH DENGAN PENGGUNA LAIN
Menetap di dalam bilik dengan pelancong yang kita tak kenal tu adalah wajib. Mana ada hostel yang letak sorang dua je, paling banyak pun lapan orang satu bilik. Memang tak selesa kalau tinggal ramai-ramai sebab ruang apatah lagi jika jenis yang tak pandai buang sampah, sangkut barang di tempat orang. Tekanan dengan bilik kotor dan bising boleh menjadi punca berlaku pergaduhan. Jadi sebagai pengguna, kita perlu jaga bilik hostel dengan baik.
RUMAH TIKUS
Kena faham konsep hostel atau dorm ni kita memang BERKONGSI dengan orang lain, jadi kena lah hormat ruang orang lain juga. Kenal tak kenal belakang cerita yang penting hormat orang lain. Jangan buat macam rumah sendiri, nak sepah bilik kau tak payah la dok hostel. HORMAT!
Artikel ni hanya pandangan terhadap sesetengah backpacker yang tiada common sense, jadi lepak chill dan selamat bercuti ya.
#RCManual