Malaysia Alami Cuaca Sejuk

0 Comments

Sejuknya!! Ni dekat Malaysia ke luar negara ni? Terutamanya apabila waktu malam. Lain macam dinginnya. Boleh menggigil kesejukan pada waktu malam tidak kira di dalam atau di luar rumah.

Anda rasa tak cuaca di Lembah Klang ketika ini seumpama di tanah tinggi Cameron Highlands atau Genting Highlands. Ni kalau tanam strawberry ni, entah-entah menjadi ea? 

Related image

Rakyat Malaysia di Semenanjung diselubungi cuaca sejuk pada waktu malam dan kabus pada waktu pagi, yang turut menyembunyikan Menara Berkembar Petronas, mercu tanda ikonik di sini, daripada dilihat dengan mata kasar.

Image result for foggy petronas tower


Kabus itu muncul sehingga kira-kira 10 pagi dan hanya menghilang ketika hari semakin panas. Ada yang mungkin tertanya-tanya adakah jerebu kembali semula kerana langit yang mendung kelihatan seolah-olah dilitupi jerebu.

Related image

Kebanyakan kawasan menjadi lembap dan basah kerana hujan sepanjang hari sejak semalam. Suhu di seluruh Lembah Klang menurun sehingga 22 darjah Celcius, paling rendah dicatatkan dalam bulan ini kerana negara kini berdepan cuaca sejuk akibat musim Monsun Timur Laut, yang biasanya dikenali sebagai monsun musim sejuk.

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2019/10/24/502917.png


Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), ini adalah satu fenomena biasa di Malaysia apabila angin monsun yang terbentuk di rantau Siberia-Mongolia melalui utara China merentasi Laut China Selatan dan Semenanjung.

Langit yang mendung dan hujan berterusan adalah biasa dalam tempoh ini di kawasan Semenanjung. Ia menyebabkan suhu menurun dan menghasilkan kelembapan yang lebih tinggi yang boleh menyebabkan pembentukan kabus.

Musim sejuk dan hujan akan berterusan, berkemungkinan sehingga awal Februari depan. Hujan lebat berterusan selama beberapa hari boleh mengakibatkan banjir di kawasan yang rendah serta kawasan berisiko banjir dan keadaan itu mungkin menjadi lebih buruk jika hujan lebat berlaku serentak dengan fenomena air pasang.

Image result for winter hot chocolate

Musim monsun dijangka berakhir Mac tahun depan. Menurut laporan Bernama, untuk rekod, suhu minimum yang dicatatkan di Cameron Highlands pada waktu malam adalah 15 darjah Celcius. Jadi, hargaila cuaca ketika ini. Tak perlu lagi berpanas dan basah ketiak sewaktu berjalan di luar. Jangan lupa minum Hot Chocolate sambil enjoy this cuaca.

#RCCalendar #RajaCuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.