Basic Travel Tips & Reminders

0 Comments

Vacations are for reducing stress, not adding to it. Tetapi, things can happen to make any vacation a stressful experience, no matter how beautiful the locale or destination. Anda pasti tidak mahu perkara itu berlaku kan?

Perlu kita akui ada sesetengah perkara yang memang we are not able to control, such as the weather or flight delays. Kejadian lain seperti missing documents or bag terlebih berat ada potential to interrupt your fun but do not have to end your vacation jika anda berhati-hati.

https://www.travelers.com/iw-images/resources/Individuals/Large/VacationSafety_Large.jpg

Berikut beberapa tips yang boleh dijadikan panduan sebelum anda pergi melancong ke destinasi percutian ingin dituju.

Plane Reaction GIF by Robert E Blackmon

Untuk ke luar negara, pasport adalah dokumen paling penting yang wajib ada. Pastikan, sebelum ingin ke luar negara anda memiliki pasport yang masih sah tempoh dan sah enam bulan dari tarikh perjalanan.

Passport Northside GIF by AMA LOU

Tanpa pasport, anda tidak mungkin dapat memulakan perjalanan ke luar negara.

Pastikan anda menyediakan dan mempunyai wang yang secukupnya, sepanjang tempoh pengembaraan itu.

Image result for money travel safe

Wang yang perlu disediakan termasuklah bajet untuk penginapan, pengangkutan, makan minum dan tiket tempat lawatan serta keperluan untuk kecemasan. Selain menyediakan wang tunai, anda juga perlu pastikan ada duit simpanan di bank.

Sebaik-baiknya tempah tiket seawal enam atau sembilan bulan sebelum bertolak ke destinasi pilihan. Ini kerana tempahan tiket awal lebih menjimatkan. Lagi awal, lagi bagus kerana anda tidak perlu tergesagesa dan lazimnya, tiket yang ditempah jika sudah hampir dengan tarikh penerbangan, harganya adalah mahal.

Image result for flight ticket gif

Anda perlu tahu, ada sesetengah negara memerlukan visa bagi rakyat Malaysia yang ingin untuk masuk atau melancong ke negara itu. Jadi, anda perlu mematuhi peraturan itu dan pastikan anda membuat permohonan visa diperlukan sebelum bertolak.

Antara negara yang memerlukan visa ialah Amerika Syarika, India, Arab Saudi, Australia dan China. Proses untuk membuat visa bagi sesebuah negara adalah berbeza. Pastikan anda tahu cara untuk membuat permohonan visa dan fahami syarat ditetapkan sebelum pergi membuatnya.

Image result for visa travel

Dinasihatkan tukar duit dua minggu atau seminggu sebelum berlepas. Elakkan menukar duit di lapangan terbang kerana tukaran mata wang di situ lebih mahal. Selalu periksa harga mata wang negara yang ingin pergi. Jika rasa berpatutan dan murah, pergilah segera ke pengurup wang berlesen.

Image result for money exchange

Melancong sememangnya menyeronokkan kerana ia membawa pengembaraan yang membolehkan anda melihat negara orang dan menimba pelbagai pengalaman menarik serta pengetahuan baharu. Bagaimanapun, per;u diingatkan supaya sentiasa berwaspada.

Untuk keselamatan dan langkah berjaga-jaga, anda perlu menyimpan duit kecemasan di tempat yang tersorok di dalam bagasi. Duit kecemasan itu mungkin diperlukan ketika anda ditimpa masalah. Dengan berbuat demikian, sekurang-kurangnya anda masih ada duit simpanan untuk digunakan bagi mendapatkan bantuan dan pergi membuat laporan di balai polis.

https://www.countryfinancial.com/content/dam/cfin/bands/images/financialGuidance/ss-connect-money-smart-2.jpg

Bagi mengelakan anda tercari-cari dan menyelongkar setiap poket beg untuk mencari dokumen perjalanan dan pasport ketika daftar masuk di lapangan terbang, seeloknya, simpanlah semua dokumen penting di dalam satu beg khas atau fail untuk lebih mudah.

Selain itu, penting untuk anda mengambil tahu jumlah berat bagasi yang dibenarkan sewaktu pergi dan balik dari sesebuah negara. Lain pesawat penerbangan, lain syarat dan muatan yang dibenarkan. Jadi, semak supaya anda tidak dikenakan caj tambahan yang berkali ganda atau jika anda sudah sedia maklum.

Image result for luggage weight scale

Kalau anda dah check semua benda ni, bermakna anda sudah bersedia untuk travel. Take advantage of your time away to decompress and relax by taking a few steps to help avoid potential problems before you travel. 

#RCEssentials #RajaCuti

Leave a Reply

Your email address will not be published.