Siapa je tak suka travel? Budak lima tahun pun kalau anda bawak jalan-jalan, dia confirm tersenyum riang! Cuma kita yang dewasa ni banyak betul nak kena fikir sebelum travel. Bajet terutamanya. Komitmen orang lain-lain, ada yang kena bayar sewa rumah, kereta, ada yang tak perlu. Tapi, no matter what, travel mesti kena on!
Dengan pergi bercuti ke sana sini, kita dapat rehatkan badan, lapangkan fikiran, bebas meneroka keindahan alam di samping melihat tempat orang. Bak kata pepatah Melayu, jauh perjalanan luas pemandangan.
Berikut merupakan 5 tips untuk travel tanpa perlu berbelanja dengan banyak (dalam erti kata mudah, jimat duit):
- Travel during off-peak season
Selalunya musim ‘off-peak’ akan membolehkan anda mendapatkan kos pengangkutan hingga ke kos penginapan lebih murah. Perlu diingatkan off peak season berbeza untuk setiap negara. Waktu tertentu seperti ketika musim cuti sekolah sesebuah negara atau ketika terdapat sebarang acara seperti acara sukan, musim perayaan atau cuti umum, ia membuatkan harga tambang kapal terbang dan hotel semakin tinggi.
Location: Lauterbrunnen, Switzerland
Generally, flying earlier in the week (Monday or Tuesday vs. Thursday or Friday) translates to better deals, and the second flight of the day is less expensive than the first.
- Book flight & hotel lebih awal
Rancang percutian anda dengan lebih awal sekiranya anda memilih untuk menggunakan pengangkutan udara seperti kapal terbang. Ini kerana harga tikel kapal terbang adalah lebih murah jika anda menempahnya lebih awal. Tengok-tengok juga kalau ada harga promosi dan kena pula dengan tarikh yang anda nak pergi bercuti. Sama juga dengan tempahan hotel. Kos akan jadi lebih rendah jika anda membuat tempahan awal, kerana masih banyak tempat kosong di hotel tersebut. Kalau tunggu sampai last minute, pihak hotel pasti akan caj lebih mahal.
Plus, now dah ada banyak laman web portal hotel dan apartmen seluruh dunia yang sangat memudahkan anda melakukan perbandingan. Kadangkala, walaupun tempat penginapan sama, laman web berlainan memberi harga yang berbeza!
- Travel dengan gang!
Anda tahu tak, actually melancong secara berkumpulan lebih menjimatkan? Banyak kos yang dapat dikurangkan seperti kos pengangkutan dan penginapan mahupun aktiviti yang anda mahu lakukan jika travel dalam kumpulan.
Penulis pernah ke Jogjakarta, Indonesia. Untuk ke Gunung Merapi,kita perlu menaiki Jeep. Dan kos naik jeep tu dalam RM200 dan maksimum penumpang 4 orang. Cuba bayangkan kalau anda pergi seorang atau berdua sahaja? Ini bermakna anda kena bayar lebih. Kalau berempat, haa jimat kan? Tak semestinya kena travel dengan kawan yang korang kenal saja. Mana tahu yang sorang tu nak kahwin, sah-sah la dia tengah kumpul duit. Make a new friend. Baru la berkembang circle of friend anda!
- Tak semua benda kena beli
Orang Malaysia memang suka shopping. Kalau boleh semua dia dah tukar tu, kena habiskan? Ketika melancong, sekiranya tidak perlu, elakkan membeli-belah terutama jika barangan sedia ada di Malaysia ataupun barangan yang tidak diperlukan.
Luangkan lebih banyak masa mengambil gambar atau video kenangan bersama keluarga untuk disimpan menjadi memori melancong. Nanti boleh buat album dekat Facebook.
- Cari Free-Admission Days
Ada banyak museums, galleries, and sites have free-for-everybody days. Many Italian art museums, like Florence’s Uffizi Gallery, have free admission on the first Sunday of the month.
Kredit: Uffizi Gallery
Paris’s Louvre is also free on the first Sunday of the month, but only from October through March. Bogota’s Gold Museum juga percuma pada hari Sunday. Tapi macam biasa la, dah nama free admissions, expect a long lines though, so plan accordingly.
#RCManual #RajaCuti