Macam di Bali? Sabah pun ada!

0 Comments

Pernah tak bayangkan diri anda menaiki buaian gergasi dan terbang di awangan. Macam menarik kan? Mesti dapat banyak like dekat Instagram dan ramai makan hati.

Selalu dengar buaian besar macam ni ada di Bali, Indonesia. Jangan terkejut, kat Sabah pun dah ada tau. Untungla orang Kota Kinabalu, 40 minit je nak ke sana.

Nama tempat tu Le’ One – Kokol Elf di Menggatal, Sabah. Ok dah boleh letak destinasi ni dalam ‘Bucket List’ korang.

A picture containing outdoor, sky, water, person

Description automatically generated

Sumber: Facebook Le’ One – Kokol Elf

Tetapi, takut pun ada. Macam mana ni? Takpe, takut kita lepak tepi dulu. Demi foto yang cantik untuk post di sosial media, semua pon boleh.

Selain boleh tangkap gambar, siapa yang stress dengan study atau kerja, anda boleh menjerit sekuat hati di atas buaian bagi melepaskan rasa geram anda. Jerit jangan tak jerit.

A picture containing outdoor, fishing, sky, tree

Description automatically generated

Sumber: Mitchell Wong (MYC)

Berbusana dress berwarna pastel pasti akan menaikkan lagi mood di dalam gambar itu. Dah susah-susah naik atas buaian impian ni, kena pakai sweet-sweet. Baru nampak macam Influencer.

Buat mereka yang gayat tu, jangan lupa pandang kamera juga ya. Kalau tak nampak bahagian belakang sahaja. Nanti kawan-kawan tak percaya awak yang naik buaian tu. Rugi je.

A picture containing outdoor, tree, fence

Description automatically generated

Sumber: Mitchell Wong (MYC)

Bukan sahaja boleh naik buai, tapi anda boleh melihat panorama indah dari deck berbentuk sarang itu. Pernah rasa nak duduk dalam sarang burung? Kini masanya! Jangan risau, muat punya.

A picture containing tree, outdoor, sky, fence

Description automatically generated

Sumber: Mitchell Wong (MYC)

Harga tiket itu bagaimanapun pernah disifatkan sebagai terlalu mahal oleh sesetengan netizen. Tetapi jika difikirkan kembali untuk menghasilkan satu tarikan menarik, ia sudah tentu melibatkan kos tinggi.

Nak pergi Bali pon bukan murah sangat, jadi kenapa tidak untuk kita berbelanja extra sedikit bagi menyokong pembangunan ekonomi dalam negara. Betul tak?

A group of stuffed animals sitting next to a teddy bear

Description automatically generated

Sumber: Mitchell Wong (MYC)

Satu ruangan bergambar Bersama teddy bear pun ada. Boleh la nak pose manja dengan teddy bear. Manja dengan teddy bear je tau.

Salah satu tarikan baharu iaitu ATV telah dibuka sejak Julai lalu, aktiviti ni sesuai buat mereka yang bercuti dengan kawan-kawan yang gemarkan aktiviti lasak.

A motorcycle is parked on the side of a dirt field

Description automatically generated

Sumber: Facebook Le’ One – Kokol Elf

Jadi, apa tunggu lagi? Jom la book tiket ke Sabah dan naik buaian besar tu.

#RCLocalSecret

Leave a Reply

Your email address will not be published.