Bukit Broga: Keindahan Dalam Bandar

0 Comments

Dah hujung-hujung tahun ni, baru kita sedar banyak sebenarnya wish list masa awal 2019 tak tercapai lagi kan? Mesti ada antara korang yang selalu bercita-cita ONE DAY AKU NAK HIKING!

Sumber: American Profile

Tapi sampai ke sudah, belum berkesempatan. Sesiapa yang teringin nak hiking tu, korang boleh consider untuk mendaki Bukit Broga.

Sumber: andysaiden

Untuk pengetahuan anda, Bukit Broga memiliki tiga buah puncak yang terletak pada ketinggian berbeza. Puncak yang pertama, terletak 880 kaki daripada titik permulaan. Dari sini, anda dapat menikmati pemandangan yang mengujakan termasuklah Menara KL sekiranya cuaca mengizinkan.

Puncak kedua terletak pada ketinggian 1,150 kaki dari titik permulaan. Dari sini, anda dapat menikmati pemandangan yang mempesonakan jiwa ketika matahari terbit. Namun untuk tujuan ini, anda perlulah memulakan pendakian seawal yang mungkin.

Puncak yang terakhir, puncak yang ketiga berada pada ketinggian 1,312 kaki dari paras laut. Kawasan puncak ini boleh jadi sangat sejuk pada waktu pagi dan agak panas pada waktu tengah hari. Pemandangannya? Anda pasti tidak menyesal!

Ketinggian Bukit Broga  adalah setinggi 396 meter (1,300 kaki). Menurut hiker yang biasa mendaki bukit, tempoh masa yang diambil adalah bergantung kepada stamina masing-masing, sekiranya anda seorang yang fit, masa yang diambil hanya dalam 20 minit.

Sekiranya anda baru sahaja ingin mencuba-cuba aktiviti mendaki, kemungkinan masa yang diambil adalah dalam 45 minit ke 1 jam.

Sumber: tripadvisor

Nak pergi sini, usually akan ambil masa dalam satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan berhampiran dengan Negeri Sembilan. Siapa duduk area sini mesti pernah naik Bukit Broga kan?

Bagi mereka yang pertama kali mendaki Bukit Broga mungkin merasakan laluan ke puncak bukit tersebut agak sukar. So make sure siapa yang nak try, banyakkan bersenam, practice dulu ya.

Sumber: Rei

Jangan pula dah lama tak jogging, lepastu terus panjat Bukit Broga. Pancit nanti.

Bagi yang berpengalaman dalam aktiviti hiking, diorang rasa Bukit Broga antara bukit yang paling mudah untuk ditawan.

CWYz5awVEAAMbk3 (1024×768)
Sumber: fwzanr

Bentuk bukit yang agak landai membolehkan puncak bukit itu senang didaki termasuk mereka yang baharu menjinakkan diri dalam aktiviti mendaki.

Don’t worry korang, lagipun ada tali keselamatan dipasang pada laluan yang sukar jadi sesiapa sahaja boleh mendaki Bukit Broga.

54c6f9a3ae1d31ff6f9621657f0abcdf5c772f46032ba (600×400)
Sumber: Bernama

Ada hiker yang berpengalaman selalu naik bukit tu kata, kalau hujung minggu ramai orang jadi kena ambil masa sedikit untuk naik ke puncak kerana akan bertembung dengan pendaki yang hendak turun dari bukit.

CWYz5sRVEAAxg29 (1024×768)
Sumber: fwzanr

Terletak dekat dengan bandar Semenyih, Bukit Broga mempunyai tiga puncak berketinggian sehingga 400 meter dari paras laut, ketinggian yang dianggap sederhana menjadikannya popular sebagai destinasi bagi mereka yang meminati aktiviti hiking.

Nak share sejarah sikit, korang tahu tak pada tahun 2017, Kerajaan Negeri Selangor mewartakan Bukit Broga sebagai kawasan rekreasi seperti diperuntukkan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara dengan Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai Pegawai Pengawal dan diselenggara Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Haa bagus kan? Maknanya Bukit Broga ni sentiasa dijaga.

Pemandangan di atas puncaknya sangat mengujakan terutama sewaktu matahari terbit menyebabkan ada pendaki sanggup memulakan pendakian seawal 4 pagi.

CTkT22pVEAAAyDh (2048×1152)
Sumber: ezmirshafiq

Selepas turun dari Bukit Broga, ada juga yang akan mandi-manda di air terjun Sungai Gabai yang terletak kira-kira 40 kilometer dari Bukit Broga.

Macam best je kan, lepas dah berpeluh panjat bukit, kita celup diri dalam air terjun.

#RCXTRM

Leave a Reply

Your email address will not be published.