Jemu menjamu nasi dan lauk-pauk, apa kata sekali-sekala ubah selera. Teringin menikmati makanan cita rasa Barat tetapi tidak tahu di mana?
Artikel kali ini akan menyenaraikan 10 tempat makan yang menawarkan menu hidangan barat di Shah Alam.
- Polperro Steak House
Polperro Steak House menawarkan masakan Barat dengan harga berpatutan Patutla, begitu jarang sekali dapat dilihat restoran ini lengang daripada kehadiran pelanggan. Walaupun selalu penuh, layanan yang diberikan sebaik anda melangkah masuk cukup menyejukkan hati. Pelayan yang murah dengan senyuman akan datang mengambil order.
- Restoran Gegey Shah Alam
Jangan lupa untuk serbu kedai ni kalau anda peminat makanan western dan hidangan Kelantan. Antara platter paling terkenal dekat sini semestinya platter colek siap dengan lokching, Nasi lemak seafood platter, dan Gegey seafood platter.
Kalau rasa nak makan nasi, banyak juga pilihan yang ada dekat sini termasuk nasi kerabu, nasi peemak dan nasi gegey. Ice blendednya yang cukup meriah dengan potongan kek dan macam-macam manisan warna-warni sebagai topping sangat menarik untuk dicuba.
- Kopimeo x Lacarne
Bukan sahaja menawarkan menu tipikal seperti pasta dan steak, kafe ini juga terkenal dengan menu minuman kopi juga dessert.
- Laman Grill, Steak & Bar-B-Que
Berbeza dengan tempat makan western lain, restoren ini menawarkan package romantic candle light dinner. Jadi, mereka yang nak buat kejutan kepada ibu, ayah, suami, isteri, anak & kawan-kawan, boleh consider ke sini.
- Foodsbury
Tempat makan ideal untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga anda dengan pelbagai jenis kopi seperti Cappucino, Mocha, Cafe Latte, Hazelnut Latte, Mocha Caramel, Signature Surprise dan banyak lagi. Pelanggan juga boleh menikmati makanan barat klasik dan lazat seperti Lamb Carbonara, Lasagna, Seafood Aglio Olio dan Bolognese Spaghetti.
Salted caramel (coffee/milk based) ni antara best seller di Foodsbury. Sehari dalam 30 – 40 gelas order diterima bagi minuman ini.
#RCLocalSecret