9 Benda Best Dalam ETS Business Class

0 Comments

Anda pernah tak rasa nak balik kampung naik train tapi servis macam dalam kapal terbang Business Class? Haa, sekarang anda tak perlu risau sebab pengalaman tu sudah boleh rasai sendiri menerusi perkhidmatan Tren Elektrik 2 (ETS2).

Pada Oktober lalu, Keretapi Tanah Melayu (KTMB) telah memperkenalkan ETS2 yang memberi pengalaman baharu kepada penumpang.

A picture containing floor, indoor

Description automatically generated
A large red chair in a room

Description automatically generated
A living room

Description automatically generated

Memang terbaik servis kelas pertama yang diketengahkan KTMB, rasa macam orang have-have la. Gitew. Pelbagai kemudahan seperti wifi, paparan atau skrin hiburan, slot USB, soket kuasa tiga pin, lampu membaca sehinggalah kerusi boleh laras mampu beri pengalaman terbaik buat penumpang untuk sampai ke destinasi yang dituju.

Untuk pengetahuan, hanya satu daripada enam gerabak ETS2 ini dikhaskan untuk koc kelas pertama. Malah ia hanya memuatkan 36 penumpang sahaja demi keselesaan dan memberi ruang luas kepada penumpang.

Bukan setakat itu, layanan bagaikan dalam flight seperti pramugara atau pramugari disediakan bagi mengedar makanan dan minuman yang ditempah oleh penumpang.

Situasi ini biasa dapat dekat atas awan je kan? Ni dapat dekat atas rail. Memang best lah!

A group of people standing in a room

Description automatically generated
A screenshot of a computer

Description automatically generated
A tray of food on a table

Description automatically generated

Seorang kakitangan ETS2, berkongsi di Facebooknya mengenai pengalaman beliau dan gambaran kemudahan yang diberikan oleh perkhidmatan ini ketika menjalanakan tugas di koc kelas pertama ETS2.

9 benda best yang ada dalam ETS Business Class:

1. Seat single, selesa dan ruang yang lebih luas.

2. Seat boleh pusing/laras mengikut arah perjalanan bebas.

3. Punya TV LCD di setiap kerusi (boleh tengok movie, maklumat berkenaaan ets, mendengar lagu dan boleh order makanan dengan lebih pantas.

4. Power soket ada di setiap seat (kerlasss).

5. Hanya punya untuk 36 seat dan boleh muatkan 36 passengers (lebih privasy tanpa ada gangguan makhluk halus ?).

6. Welcome drink/meal percuma disajikan (itu paling vasss).

7. Wifi percuma.

8. Onboard System

9. Amenity Kit.

Tapi korang kena book awal tau, sebab tiket ETS2 kelas pertama ni laku keras. Kena cuba kalau tak nanti tak merasa lah. Dah la atas awan tak dapat, atas tanah pun tak dapat. Hehe.

Selamat bercuti semua.

Nota: Kesemua maklumat dan gambar yang digunakan adalah milik Redzuan Abd Manaf. Raja Cuti telah mendapat kebenaran daripada beliau terlebih dahulu sebelum menyiarkannya.

#RCLocalSecret

Leave a Reply

Your email address will not be published.