Dulu lokasi gelap, now Instagrammable Spot!

0 Comments

Siapa sangka Jalan Alor yang dahulu cukup popular sebagai lokasi gelap dan menakutkan kini merupakan antara Insta-worthy places in KL. Lorong-lorong kecil di sekitarnya yang dahulu berbau dan kotor telah dibersihkan. Dinding belakang kedai dan bangunan setinggi enam tingkat, dilengkapi dengan pelbagai corak lukisan mural yang cantik

Sumber: zeligowy

Thanks to peruntukan oleh Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak RM1.5 juta bagi menaik taraf dan memberi imej baharu di lorong-lorong kecil di sekitar pusat tarikan pelancong Bukit Bintang di KL, kini semakin ramai datang ke situ bagi bergambar.

Dj2QC9yUUAAt7_y (2048×1536)
Dj2QDBPVsAANPEi (2048×1536)
Dj2QC9mUcAAsvdI (2048×1536)

Sumber: rvnn66

Di lorong berkenaan terdapat lukisan berkonsepkan alam semula jadi bagi memberi aura baharu selain membuatkan pengunjung rasa lebih selamat & selesa.

Ramai golongan anak muda malah pelancong asing mengambil kesempatan bergambar dengan pelbagai gaya untuk dikongsi ke laman sosial mereka.

Sumber: nalazfrh

Sumber: th_tan

Pemandangan unik itu menjadikan lokasi di Jalan Alor sebagai tempat yang boleh dilawati lebih-lebih lagi apabila ke anda dan rakan-rakan pergi ke kawasan berdekatan Bukit Bintang.

Sumber: barbiedollsasi

Sumber: luckystar_remon

Sebelum ini lokasi itu kurang dihargai kerana keadaan yang tidak sesuai dijadikan tempat riadah. Tetapi lukisan mural ini menghidupkan suasana dan memberi aura segar.

Hasil tinjauan Berita Harian, antara pelancong yang ke sana adalah bakal pengantin dari Riau, Indonesia, Irham Nanda, 30 dan Maria Mussara Mitas 23. Pasangan itu sanggup datang ke situ semata-mata ingin merakam detik indah di sekitar ibu kota termasuk di Jalan Alor. 

Mereka mengetahui lokasi itu di laman Instagram dan ingin memberikan kelainan dalam gambar ketika majlis persandingan resepsi November ini.

Mesti anda terkejut bukan? Tetapi jika diamati kembali hasil gambar oleh Jurufoto Profesional bernama Patrick di bawah, anda pasti faham mengapa Jalan Alor menjadi pilihan.

Sumber: heartpatrick

Lepas ni dah tak payah susah-susah pergi jauh, Cuti-Cuti Malaysia pun okay. Lebih dekat, lebih jimat. Paling penting gambar OOTD menarik.

#RCLocalSecret

Leave a Reply

Your email address will not be published.