Jom la travel ke tempat yang rare sikit..

0 Comments

(gambar : BAH News) 

Kalau uols nak rasa percutian yang korang plan tu berbaloi, of course korang akan pergi dekat tempat yang unik, jarang orang pergi and rare!

Sebab korang nak pastikan gambar tu tak sama dengan orang lain, so uols akan research tempat menarik untuk korang nak pegi dan berapa bajet yang perlu dibawa. (sama la macam min jugak, tak suka gambar sama dengan orang lain) 

Kalau plan nak vacay jauh sikit, but still dalam negara, mesti lah Sabah! banyak tempat yang korang boleh pergi. Tapi kalau nak tempat yang rare, uols sangat disarankan untuk pergi ke gua lipas!

Bunyi macam scary but yes, ia agak menggelikan tapi try lah sekali dalam seumur hidup uols. At least bila orang tanya, korang takde lah rasa malu and tak tahu nak jawab. Kan??

Apa menarik dekat sini?

Difahamkan gua ini merupakan lokasi lipas paling banyak di dunia dan bukan hanya ada lipas tetapi terdapat kelawar, kumbang, tikus, pepijat dan ular di dalam gua.

Malah, gua itu diiktiraf sebagai Pengurusan Gua Sarang Burung Terbaik Di Dunia oleh Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF). 

Sanggup tak u guys? 

A picture containing wall

Description automatically generated

(Gambar : Sabah post) 

Min sarankan kalau korang tengah ada masalah, try lah pegi ke tempat ni sebab korang sure tak akan ingat masalah negara dekat luar sana, sebab korang hanya akan memerhati kiri, kanan, depan dan belakang je sama ada binatang yang dekat dengan korang itu menggelikan atau tidak. 

Umumnya, gua lipas ini dikenali sebagai Gua Gomantong, terletak di Sandakan, Sabah. 

For sure ia akan akan memberikan anda satu pengalaman sama ada menarik atau mengerikan untuk korang! 

But kalau u guys datang dengan family, jangan la pulak bawak anak kecil masuk dalam gua ni, takut mereka makan lipas pula. Min tak bertanggungjawab!

A picture containing large

Description automatically generated

(gambar : Sabah Post) 

But alang-alang dah sampai u guys boleh lah pergi dekat tempat menarik yang lain seperti rumah terbalik, makan seafood segar dengan harga yang sangat murah, hiking ke Gunung Kinabalu (but make sure uols bawa segala kelengkapan supaya tidak kesejukan dan kekejangan otot apabila mendaki). 

And 1 more thing yang mungkin ramai tak tahu ialah Pulau Mantanani bagi melihat sendiri ikan lumba-lumba atau dugong di tengah lautan. So uols tak payahla nak buang duit pergi jauh-jauh sampai Maldives untuk mendapatkan panorama yang sama korang boleh dapat di Sabah. 

Sedikit info untuk u guys, korang boleh dapatkan perkhidmatan bot yang ditawarkan penduduk kampung di Rampayan, Kota Belud. 

Perjalanan untuk ke pulau dengan bot mengambil masa sekitar 45 minit ke 1 jam, bergantung kepada keadaan ombak. Untuk ke Kota Belud dari Kota Kinabalu pula mengambil masa dalam sekitar satu setengah ke dua jam. 

Selamat bercuti! 

Leave a Reply

Your email address will not be published.