“Rasa seperti mandi di dalam tab panas. Saya hanya seronok dengan kehidupan ini, tuan”

0 Comments

A group of people standing in a kitchen

Description automatically generated

(gambar : mirror.uk) 

Bukan semua orang ada bajet yang cukup nak pegi bercuti, apatah lagi yang dah kawin, anak pulak ramai. Niat nak pergi jalan jauh-jauh tu mulalah terbantut sebab tak cukup itu dan ini. 

Tapi hati tu teringin sangat nak bercuti, berangan nak berendam dalam tab mandi, berhadapan dengan laut, duduk minum teh dengan angin sepoi-sepoi bahasa, kalua ada massage lagi best kan? feeling-feeling semua benda tu lengkap. Sebab perkara-perkara macam itu lah yang paling menyeronokkan dan mendamaikan! 

Min pun selalu je macam tu jugak, sebab berangan ni free kan? Tak payah bayar pun, tak kacau orang pun, betul-betul duduk dalam khayalan sendiri, kalua mimipi tu rasa macam taknak bangun, biarlah sampai mimpi tu berakhir dengan realiti. (berangan kuat ni) 

Tapi min tak adalah sampai nak berendam dalam sinki feeling macam dalam tab mandi, kalau dekat rumah tahan lagi, ini dekat pejabat. Min cakap macam ni sebab memang ada yang buat! Bersyukur min masih lagi pemalu orangnya. 

Namun imaginasi itu diekspresikan di tempat kerja apabila seorang lelaki bertindak berendam dalam sinki, yang kononnya berada di tab mandi.

A picture containing indoor, vessel, person, bathtub

Description automatically generated

(gambar : mirror.uk) 

Kejadian itu berlaku di restoran makanan segera di Greenville, Michigan dan bila ditanya dekat lelaki itu kenapa dia buat tindakan tidak senonoh, dia cakap dia nak bercuti tapi bajet tak ada, so dia buatlah perkara yang ‘mendamaikan’ pada dirinya. 

“Rasa seperti mandi di dalam tab panas. Saya hanya seronok dengan kehidupan ini, tuan,” katanya yang turut ketawa di dalam video yang disiarkan dalam Mirror.uk.

Elok2 korang tengah berendam, dengan penuh buih-buih dalam sinki ala-ala tab mandi depan laut, sekali kena sergah dengan bos korang. Apa uols nak buat? 

Tapi inilah insiden yang terpaksa dihadapi lelaki tersebut sehingga akhirnya dibuang kerja selepas video berdurasi 23 saat itu tular di media sosial. 

Menurut jurucakap dan Naib Presiden Sumber Manusia syarikat, Christian Camp berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah drastik dan kawasan restoran terus dibersihkan sepenuhnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.