Gambar : soranews24
Cik Gaya ni bukanlah jenis orang anti sosial, Cik Gaya pun berleluasa jugak dnegan kengkawan yang lain, tapi ada masanya kita ni nak lah privasi kan? Takde lah sampai bilik tiap masa pun min nak buat live, ala Cik Gaya bukan orang macam tu lah please!
Tapi kalau korang pergi bercuti di Jepun ni, korang akan terjumpa 1 tempat yang menarik sebab semalam harga dia murah, sampaikan korang rasa boleh je nak duduk dekat Jepun tu sampai sebulan sebab harga semalam dekat hotel tu RM4.95, korang lebih dari mampu kan?
Okay Cik Gaya nak cerita sikit tempat ni,
Hotel yang terletak di bandar Fukuoka ini menawarkan harga murah iaitu 130 yen (~RM4.95) untuk satu malam setiap hari.
Gambar : soranews24
Akan tetapi, jika korang bersetuju untuk menginap di sini, korang juga perlu membenarkan pihak hotel membuat liputan secara live di YouTube. Jadi, pengguna YouTube dapat melihat apa yang korang lakukan dalam bilik tersebut.
Hrmm, korang tengah makan ke, tidur sambal berdengkur ke, bilik bersepah ke, nak pakai baju ke, semua nya nak record, habislah 1 Jepun kenal min kalau macam tu.
Ini bukan cerita rekaan, ini semua benar sebab wartawan SoraNews24 telah berkunjung ke hotel tersebut untuk melihat kesahihan perkara itu. Dapat dilihat rekaan bilik tersebut dalam keadaan yang baik dan seperti hotel-hotel di Jepun.
Gambar : soranews24
Pemilik hotel bertindak tawarkan bilik murah kerana bilik tersebut jarang disewa. Maka, untuk mengelakkan kerugian, bilik tersebut ditawarkan dengan harga yang sangat murah.
Lol, sampai macam tu ke dia buat promosi?
Gambar : soranews24
Sanggup ke korang tidur di hotel yang murah tetapi privasi anda dicerobohi seperti ini? Apakah pandangan korang mengenai bilik hotel tersebut?