Gambar : iluminasi
Korang kalau tengok planet Marikh, mesti korang terbayangkan muka bentuknya yang merekah, dan sebenarnya tempat tu wujud di Bumi! Ramai yang tak tahu kan?
Well nasib Cik Gaya ni jenis suka membaca, selain kisah cinta, Cik Gaya ni kan jenis yang strong people, tapi hati tetap berbunga. Kelembutan yang ada pada wanita, lembut lagi Cik Gaya!
Okay Cik Gaya nak share cerita dengan korang. Di Bumi ada 1 tempat yang angkasawan akan menggunakannya sebagai tempat latihan sebelum mereka berlepas ke Marikh.
Gambar : iluminasi
Ia sebagai tujuan bagi menguji ketahanan mental dan fizikal korang yang pergi ke situ.
Teruk sangat ke Pulau Lanzorate tu?
Iye, teruklah, maksud Cik Gaya dari segi fizikalnya sebab bukan semua orang boleh duduk dekat situ, kenapa? Sebab pulau ni masih lagi aktif gunung berapi di dasarnya, tapi ini lah keunikan yang ada di pulau tersebut yang taka da di lokasi-lokasi lain.
Malah, Pulau Lanzarote mempunyai permukaan yang kasar serta keras mengakibatkannya agak sukar untuk dilalui dengan kenderaan. Akibat daripada rupa dan struktur tanah yang sukar untuk kegunaan manusia, penduduk tempatan menggelarkan tanah yang terbentuk hasil daripada letusan lava sebagai ‘malpais,’ yang membawa makna ‘badlands’ atau tanah gersang/tandus.
Cik Gaya tak boleh hiduplaa dekat situ, bagi la duit banyak-banyak suruh stay dekat situ pun Cik Gaya tak sanggup tahu!
Well, Pulau Lanzarote antara salah satu daripada lapan pulau yang ada dalam kumpulan Kepulauan Canary, ditadbir secara autonomi oleh kerajaan Kepulauan Canary di bawah kerajaan besar negara Sepanyol.
Gambar : iluminasi
Bentuk muka buminya secara keseluruhan agak landai, menghalang udara terkumpul menyebabkan cuacanya menjadi agak kering dan lebih mirip dengan kawasan gurun. Hujan juga tidak turun dengan banyak, berbeza dengan adik-beradiknya yang lain yang mampunyai kawasan bergunung-ganang membantu memerangkap kelembapan.
Mempunyai keluasan sebesar 845 km persegi serta 150 ribu orang penduduk, Pulau Lanzarote diiystiharkan oleh UNESCO sebagai salah satu taman warisan alam dunia, dengan pengumumannya dilakukan pada tahun 1993.
Usaha ini dipuji ramai bagi melindungi alam semulajadinya yang sangat kaya dengan pelbagai jenis kepelbagaian bio, akibat daripada cara pembentukannya yang berasas daripada lava gunung berapi.
Gambar : iluminasi
Disebabkan situasi itu lah NASA serta mana-mana badan pengkaji angkasa kerap menjadikan Pulau Lanzarote, khasnya sebahagian besar Taman Negara Timanfaya yang terletak di dalamnya sebagai pusat latihan manusia yang mahu meneroka Marikh.
Pusat latihan manusia ke angkasa
Disebabkan rupa bentuknya yang agak berbeza, NASA kerap kali menjadikan Pulau Lanzarote sebagai lokasi untuk angkasawan belajar menyesuaikan diri dengan keadaan dunia luar.
Malah, penyelidik juga dibenarkan membuat latihan berbentuk kemahiran geologi yang diperlukan setiap angkasawan, bagi membiasakan mereka mengutip spesismen atau sampel yang dirasakan penting dalam bakal misi mereka.
Keadaan permukaannya yang kasar dan keras juga amat sesuai untuk digunakan sebagai pusat percubaan pendaratan dan kawalan jentera ‘Mars Rover’, jadi kebiasaannya mana-mana model Rover yang dibangunkan – akan dipandu secara jarak jauh di Pulau Lanzarote bagi menguji kekuatannya.
Pulau yang masih berisiko tinggi
Walaupun Taman Negara Timanfaya dipilih sebagai pusat latihan bagi bakal angkasawan, risiko untuk berlakunya letusan gunung berapi tetap tinggi – jadi setiap hari, mana-mana penduduk, pelawat atau pengunjung perlulah mengetahui informasi terbaru sekiranya ada risiko berlakunya bencana.
So kalau korang berkunjung ke sana, pastikan korang mempunyai pemandu pelancong yang memahami jadual letusan bakal berlaku.
Ini kerana terdapat banyak lubang-lubang letusan wap air yang tak henti-henti mengeluarkan wap panas ke udara setiap hari.
Sumber : iluminasi.com