Kedai Eco RM2 buat kedai bakeri RM2.10 pulak guyss!

0 Comments

Bab-bab benda murah ni Cik Gaya memang laju, sebab Cik Gaya kerja kerajaan so duit tak banyak mana. Kena lah pandai berjimat cermat, so nasib baik Cik Gaya ada girlfriend yang sangat memahami, selalu tolong Cik Gaya bila Cik Gaya susah.

Gaji dia banyak so boleh la share dengan Cik Gaya, well hidup ni kena pandai..pandai ambil kesempatan atas orang sebab diri kita tengah tersepit kan..

So bercakap tentang murah ni Cik Gaya ada terperasan banyak kedai Eco RM2 yang menjadi kegilaan ramai, kalau masuk je macam berhantu, sebab dari RM2, korang boleh spend banyak sampai RM100 dalam kedai tu, ambil itu ambil ini tahu-tahu dah penuh sebeban apa yang korang ambil.

A sign above a store

Description automatically generated

Cik Gaya pun selalu macam tu. sebab tu ramai yang kata kedai ni kedai berhantu, sebab hantu nafsu! Haha

Lepas ni habis ranap la duit korang kalau masuk kedai ECO ni sebab dia buka kedai bakery pulakk..which is Cik Gaya memang love kek kek dengan roti ni.

A picture containing indoor, table, cake, top

Description automatically generated

Eco Shop telah membuka kedai roti iaitu dikenali sebagai Eco Bakery pada 1 November 2019. Kiranya sambil membeli-belah dalam Eco Shop, korang boleh juga alas perut di Eco Bakery.

Untuk pengetahuan korang, bukan hanya roti yang dijual di Eco Bakery ini, terdapat juga pelbagai pilihan minuman dan aiskrim dijual pasti korang akan rambang mata untuk mencuba menu-menu yang ada.

Malangnya, Eco Bakery ini merupakan cawangan pertama dan dibuka di U Sentral Segamat, Johor. Difahamkan, cawangan Eco Bakery akan dibuka ditempat lain secara berperingkat dan pada bulan Mei dikatakan cawangan ini akan dibuka di Selayang.

Korang yang berada berdekatan Segamat, Johor bolehlah ke Eco Bakery ini untuk mencuba kesemua menu yang ditawarkan. Diharap cawangan Eco Bakery ini akan diperluaskan segera ke tempat-tempat lain agar dapat ‘jimatkan’ poket ramai orang diluar sana, lagi-lagi orang macam Cik Gaya ni! Hehe

Korang boleh baca artikel ni?
https://staging.rajacutiasia.com/2020/02/korang-berani-tak-nak-try-makan-nasi-lemak-depan-kubur/
Korang patut try lunch di tengah-tengah laut dekat Sabah!
Stress ke? Jom ‘fly’ lepaskan geram, jerit sekuat hati di Skytrex Sg Congkak!

Leave a Reply

Your email address will not be published.