Dengar sahaja perkataan GANJA ini pastinya korang dah ragu-ragu dan musykil dengan menu seperti ini. Tertanya-tanya samada menu tersebut dicampur dengan bahan terlarang atau apakah ramuan yang dicampurkan ke dalam menu ini.
Nasi ‘Ganja’ Repoh pastinya mampu memikat selera anda. Dengan haruman ayam goreng berempahnya yang mewangi. Oh, sungguh mengasyikkan. Yang ini korang jalan risau. Abam-abam polis dgn AADK pun pi makan tau. Maknanya ia sah untuk dimakan
Nasi ‘Ganja’ Repoh ini agak senang korang nak cari kerana dijual di sebuah gerai di tepi jalan sahaja. Jika diamati, ia tidak ubah seperti sebuah gerai menjual pisang goreng yang sering kita lihat di mana sahaja namun masa Dang sampai sini, kelihatan barisan pelanggan beratur untuk mendapatkan Nasi Ganja ini.
Nasi Kuning
Nasi Ganja ini berwarna kuning dan bukannya berwarna putih. Ia seolah-olah tampak seperti nasi minyak, namun rasanya sangat berbeza sekali. Nasi dimasak bersama ramuan istimewa dengan tambahan warna kuning bagi memberi kelainan serta sebagai tarikan para pelanggan.
Resepi asal Nasi Ganja Repoh ini sebenarnya berasal dari Selatan Thailand yang disana dikenali sebagai Nasi Kumok atau ejaan Bahasa Thailand ialah Nasi Khao Mok namun bila pelanggan dah start ketagih, sebab itulah ia lebih dikenali dengan Nasi Ganja.
Gulai Kari Yang Menyelerakan
Gulai kari ini wajib ada kerana ini antara pelengkap Nasi Ganja ini. Ia enak dimakan bersama dan gabungan ini cukup memberi impak yang begitu ketara tatkala perut kosong berkeroncong. Time ini korang akan merasai satu kenikmatan semasa merasai hidangan ini.
Ayam goreng berempah yang digoreng bersama bahan-bahan asli membuatkan ayam ini terasa juicy serta rangup di bahagian luaran. Ayam goreng yang telah siap dimasak diletakkan di atas talam atau dulang untuk dipilih oleh para pelanggan.
Saiz Hidangan Tidak Sepadan Harga
Lepastu, apa yang bestnya nasi ganja Repoh ini bagi Dang kerana ia menyajikan korang hidangan bersaiz besar yang membuatkan para pelanggan sering ke sini untuk mendapatkannya. Tidak hairanlah jika korang sampai sini akan melihat banyak kereta yang di letakkan di kiri kanan bahu jalan dan melihat ramai insan-insan gigih beratur panjang untuk mendapatkan hidangan di sini.
Hidangan ayam goreng yang tersedia bersaiz besar sememangnya cukup membuatkan anda kenyang agak lama. Tambahan pula ayam gorengnya berbau harum dan wangi, sudah pasti seakan-akan memanggil korang untuk mendapatkannya.
Harga makanan di sini pula bagi Dang Sari sangat berpatutan dan semestinya berbaloi dengan saiz hidangannya yang besar. Jika dibandingkan harga makanan di ibu kota, sudah tentu sangat berbeza, tambahan pula saiz makanan yang dijual di ibu kota adalah bersaiz kecil dan kurang memuaskan hati.
Bagi korang yang nak dapatkan Nasi Ganja ini, Dang nak nasihatkan agar korang boleh tingkatkan sedikit tahap kesabaran khususnya waktu punya kerana sememangnya orang agak ramai ketika menjelang makan tengahari.
Elak Beratur Panjang
Kesabaran para pelanggan yang datang ke sini sangat dihargai oleh pengusaha kedai dan tidak perlu berebut sebenarnya untuk mendapatkannya kerana biasanya stok nasi yang dimasak adalah mencukupi. Jadi, para pelanggan tidak perlu risau dengan jumlah stok yang disediakan.
Bagi anda yang tidak gemar untuk beratur lama, anda sebaiknya tiba lebih awal supaya tidak perlu menunggu lama. Gerai ini dibuka 5 hari seminggu mulai jam 9.00 pagi hingga 3.30 petang. Sabtu dan Ahad gerai ini tidak beroperasi.
Alamat : 703A, Persiaran Jubli Emas, Kampung Tanjong Gorah, 01000 Kangar, Perlis.
Artikel berkaitan:
Nak rasa pizza yang lebih sedap dari Domino’s dan Pizza Hut? Jom ke Cameron Highlands!
Makanan dihidang guna pinggan tengkorak. Sanggup?