Ini serius! Iglo wujud di Kuala Sepetang

0 Comments

Siapa dekat pernah menjejaki kaki ke Kuala Sepetang, Perak? Pasti sekarang ni korang terliur teringatkan mee udang yang memang sedap di makan namun Dang Sari hari ini bukanlah untuk berkongsi cerita mee udang.

Namun Dang nak mengungkap sebuah kilang arang untuk melihat sendiri bagaimana proses arang dihasilkan daripada kayu bakau. Nampak macam jauh benor dari tempat bercuti kan tapi percaya dekat sini korang akan rasai keunikan dan tradisi dalam mereka membuat arang.

Pada asalnya Kuala Sepetang ni tiada pun dalam perancangan Dang selepas berada dua hari satu malam di Taiping, Perak untuk berkursus. Sebelum ini pun, Dang pernah beberapa kali ke bandar Taiping untuk bercuti dengan keluarga namun tidak berkesempatan ke kawasan ini biarpun hanya terletak 15 kilometer.

Bagaimanapun, pada kali ini secara kebetulan pula Dang habis awal, penulis bersama suami pun mengambil kesempatan singgah ke Kuala Sepetang sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Alor Star.

Sebenarnya Dang rasa teruja lebih-lebih lagi suami Dang untuk ke kilang arang untuk melihat sendiri bagaimana proses arang dihasilkan daripada kayu bakau. Perjalanan untuk korang ke tempat ini memakan masa kira-kira 30 minit

Namun langsung Dang tidak terasa, sedar-sedar dah sampai sebab kami dihidangkan dengan pemandangan indah kawasan perkampungan nelayan. Penghasilan arang daripada kayu bakau bukan sahaja rumit tetapi memerlukan kepakaran tenaga kerja yang rumit, unik dan mencabar.

Kalau korang nak tahu, ia dikatakan memerlukan masa sehingga lebih sebulan sebelum arang diambil serta dipasarkan. Proses ini perlu dilakukan dengan betul untuk memastikan kayu yang dibakar tidak hancur sekali gus boleh menyebabkan kerugian kepada pengusaha.

Jadi tidak hairanlah, arang kayu bakau yang dihasilkan di Kuala Sepetang mempunyai kualiti terbaik dan mendapat sambutan yang tinggi bukan sahaja di Malaysia tau malah mereka turut terkenal di luar negara. Dang juga difahamkan kayu bakau ini diangkut dengan bot.

Apatah lagi sebelum ini, proses pembuatan arang ini hanya ditonton menerusi televisyen dan laman sosial. Sebaik tiba, kelihatan beberapa pekerja kilang sibuk mengangkut arang yang sudah siap dihasilkan ke dalam lori.

Dang terus menuju masuk ke dalam kilang dan terus menyapa beberapa pekerja wanita yang berehat. Mereka menjemput masuk dan apa Dang Sari terkejut adalah melihat sebuah iglu yang besar dan tinggi. Dang dimaklumkan oleh pekerja di situ, iglu itu adalah dapur arang atau relau berbentuk yang boleh memuatkan sehingga 1,500 batang kayu bakar digunakan untuk membakar kayu bakau secara tradisional.

Gambar: www.sobriyaacob.com

Terpukau Dang melihat igloo ini sebab walaupun mereka ini sudah terkenal di seluruh dunia namun masih menggunakan cara tradisional bagi memastikan kualiti kayu arang yang dihasilkan bermutu tinggi. Sebelum bertolak pulang, penulis sempat singgah menikmati mi udang yang sangat terkenal di Kuala Sepetang.

Dan dengar kata kilang ini menjadi rebutan para photographer dan pengantin untuk mengabadikan kenangan di sini. Memang cantik gambar-gambar pengantin kalau diambil di  sini. So, siapa yang stay sini, untunglah korang boleh pi ambil gambar hari-hari kan

Biarpun hanya dua jam berada di Kuala Sepetang namun Dang Sari puas dapat memenuhi impian melihat sendiri proses pembuatan arang. Seribu satu pengalaman menarik di Kuala Sepetang memahat memori terindah yang pastinya segar di ingatan sampai bila-bila.

Artikel berkaitan
Jom rasai pengalaman rare, tidur dalam dome, beratapkan bintang dengan bunyian cengkerik!
Malaysia pun ada Sakura okay… bukan di Korea Selatan je ado… cuba teka kat mane?

Leave a Reply

Your email address will not be published.