Nepal tutup Gunung Everest untuk pendaki, elak Covid-19

0 Comments

Untuk korang yang memang kaki travel pun, Cik Gaya nasihatkan korang untuk stop buat apa-apa aktiviti setakat ni sebab keadaan kes koronavirus yang sangatlah tidak mengizinkan untuk korang membuat segala aktiviti yang bercampur dengan orang ramai. Ini penting supaya korang sentiasa kekal sihat, even pergi kerja dan bercampur dengan officemates lain pun memang berbahaya sebenarnya.

But it depends on your company lah sama ada can work from home or u guys tetap pergi kerja macam biasa..

So bagi kaki hikers,  ini info untuk korang semua..

Gambar : Thevocket

Nepal menutup semua lokasi pendakian di puncak Himalaya, termasuk Gunung Everest bagi membendung penularan Covid-19.

Seperti diketahui umum, Nepal mempunyai 8 dari 14 gunung tertinggi di dunia termasuk Everest dan memperoleh lebih daripada RM17 juta daripada yuran permit untuk puncak tertinggi di dunia itu dan daripada gunung lain setiap tahun.

Menteri Pelancongan, Yogesh Bhattarai berkata aktiviti pendakian atau ekspedisi ke semua puncak pada musim bunga sepanjang Mac hingga Mei telah digantung.

“Pendakian musim ini telah ditutup.

“Ini adalah langkah berjaga-jaga untuk itu,” kata Bhattarai kepada Reuters.

Nepal mengesahkan hanya satu kes Covid-19, iaitu seorang pelajar yang pulang dari China.

So kumpul duit macam Cik gaaya juga tahu ni untuk korang melancong sakan next year, okay?

Leave a Reply

Your email address will not be published.