Disebabkan Koronavirus, memang banyak yang tergendala. Cik Gaya sendiri setiap tahun ada je aktiviti dekat luar negara yang wajib Cik Gaya baut, but this is 1st time lah semuanya tak boleh buat.
Nak jalan dalam negara sendiri je, but still belum tentu selamat. Aduh
So kerana isu ni juga, Cik Gaya nak inform dekat korang yang sambutan perayaan Songkran di beberapa wilayah Thailand akan dibatalkan, semuanya pun kerana Covid-19 ni.
Iya lah, korang tengah main tembak air dengan orang ramai macam tu, sekali ada orang yang memang positif Covid-19 join perayaan tu, dah tak pasal-pasal kena kuarantin.
So sebagai langkah pencegahan, sambutan itu terus dibatalkan, which is good lah pada Cik Gaya.
Menurut laporan Bangkok Post, pengurus sambutan Songkran di Khon Kaen, Bang Saen dan Pattaya telah mengumumkan tiada sambutan skala besar akan dijalankan di lokasi ini seperti tahun lalu. Namun, acara keagamaan untuk warga tempatan akan berlangsung seperti biasa.
Koh Phangan di Surat Thani juga akan menunda sementara full-moon party di pulau berkenaan atas alasan yang sama. Parti di pulau berkenaan akan dianjurkan kembali hanya sekiranya keadaan kembali seperti biasa.
Antara bandar besar yang menjadi tumpuan setiap kali perayaan Songkran, Pattaya telah membuat keputusan untuk membatalkan perayaan berkenaan yang dijadualkan pada 18-19 April 2020. Pattaya merupakan antara bandar yang menjadi tumpuan penduduk dari Malaysia setiap kali musim perayaan Songkran.
Kalau korang merancang untuk ke festival Songkran bulan hadapan, anda mungkin perlu menundanya ke tahun hadapan. Perayaan Songkran di Bangkok seperti di Khaosan Road berkemungkinan turut akan dibatalkan sekiranya kes COVID-19 meningkat di Thailand.
So, jaga-jaga guys daripada terkena jangkitan ni, dah kena nanti parah, so better rehat dan rest dulu tahun ni, kita sambung Songkran next year! Okay?
Korang boleh baca artikel ni?
Korang berani tak nak try makan nasi lemak depan kubur
Korang patut try lunch di tengah-tengah laut dekat Sabah!
Stress ke? Jom ‘fly’ lepaskan geram, jerit sekuat hati di Skytrex Sg Congkak!