Air Terjun Ulu Geruntum tempat percutian ‘chillex’ terbaik bersama keluarga

0 Comments

Cuaca panas seolah-olah memanggil Budak Kaca Mata untuk ke lokasi ini yang terletak hanya tujuh kilometer dari Pekan Gopeng, Perak. Bukan kali pertama, tetapi ini kali ketiga I mengunjunginya.

Apatah lagi kunjungan kali ini bersama saudara-mara. Tentunya dalam ‘misi’ menyejukkan badan dapat juga mengeratkan hubungan bersama mereka sambil menikmati keindahan panorama hutan hijau semula yang masih dara.

Terletak di dalam Perkampungan Ulu Geruntum, Air Terjun Ulu Geruntum bukan asing bagi mereka yang gemarkan melakukan aktiviti tali tinggi atau ‘abselling’ kerana di tingkat pertama air terjunnya mempunyai lokasi sesuai untuk kegiatan itu.

Bagaimanapun, pada kali ini Dang tidak mempunyai rencana untuk melakukan aktiviti lasak berkenaan. Cukup untuk bersantai dan berkelah saja. Hari ini Dang ikut I, jadi no lah aktiviti lasak pada kali ini

Kredit : Zayan

Bayaran masuk hanya dikenakan RM3 kepada pengunjung, tetapi pengalaman untuk menikmati alam semula jadi di dalamnya ternyata tidak ternilai kerana dihidangkan dengan air sungai yang masih jernih dan dilitupi hutan hijau.

Kalau you guys nak tahu sebenarnya di sini ada tiga tingkat air terjun dan paling tinggi perlu meredah sedikit laluan denai yang jauhnya sekitar 150 meter sahaja dari laluan masuk.

Air terjun di tingkat ketiga itu menghidangkan panorama yang menarik kerana airnya turun dari aras agak tinggi dan deras. Merakam foto keindahannya sudah pasti sesuatu yang tidak kami lepaskan selepas melalui laluan denai ke lokasi itu. You guys jadi I pun memang tak duduk diamlah. Gatal je tangan ambil gambar

Air Terjun Ulu Geruntum juga antara kawasan perkelahan keluarga kerana di sini terdapat pelbagai kemudahan untuk pengunjung seperti tandas bagi menyalin pakaian dan kawasan air yang cetek untuk kanak-kanak bermandi-manda.

Bagi mereka yang gemarkan aktiviti berkhemah di kawasan hutan dan mempunyai air terjun, sudah semestinya Air Terjun Ulu Geruntum antara lokasi yang menarik kerana di sini juga ada tapak perkhemahan.

Selain menyejukkan diri di kawasan air terjun, perkara yang membuatkan I terus terpanggil untuk berulang kali ke sini ialah peluang melalui perkampungan Orang Asli yang tinggal di kawasan berkenaan.

Kehidupan mereka yang serba ringkas dan rumah kampung sudah semestinya memberi pengalaman berbeza jika dibandingkan lokasi air terjun yang pernah dilawati sebelum ini.

Boleh dikatakan penduduk kampungnya juga mesra pengunjung dan tidak lokek menghadiahkan senyuman meskipun ada juga yang kelihatan malu-malu apabila disapa.

Ternyata mengunjungi Air Terjun Ulu Geruntum menyingkap seribu satu keindahan bukan saja buat anda yang gemarkan alam semula jadi, tetapi paparan kehidupan Orang Asli di kawasan itu.

Artikel berkaitan
Ini serius! Iglo wujud di Kuala Sepetang
Ini 10 port ‘chicken rice’ paling boek Kuala Lumpur & Selangor

Leave a Reply

Your email address will not be published.