Kafe di Jakarta jadi pilihan ‘muslim liberal’ untuk makan babi?

0 Comments

Well Cik Gaya kalau bercakap tentang bercuti ni, memang favourite, memang love! And Cik Gaya akan buat research dekat mana boleh makan, dekat mana tak boleh makan, sebab kita sebagai muslim bukan boleh main redah je makan dekat mana-mana. 

Maksud Cik Gaya, korang jangan fikir dekat Malaysia boleh makan ayam, ayam dekat Filipina pun korang boleh telan. Salah tahu? Berdasarkan cara penyembelihan Islam kena ada cara yang sepatutnya.  

And kita ada sensitivity masing-masing, Islam tak boleh makan babi, India tak boleh makan lembu, and ada juga yang vegetarian. 

Tetapi, terdapat sebuah kafe di Indonesia yang menawarkan masakan daging babi kepada umat Islam “liberal”. Mereka tawarkan kepada orang Islam yang nak try makan babi dan merasai sendiri keenakan daging babi tersebut. 

Di Jakarta, ianya menjadi semakin normal golongan ‘Muslim Liberal’ untuk makan babi tanpa was-was.

Salah satu restoran atau kafe yang popular yang sentiasa menjadi tumpuan untuk menu babi di Jakarta adalah Panggangin. Ianya diusahakan oleh dua orang sahabat yang mahu kafe mereka tampil berlainan dengan menyediakan menu babi untuk muslim.

Tapi mereka tidak memaksa orang Islam untuk makan babi di sini. Cuma jika pelanggan mahu, mereka tidak akan menghalangnya.

Alasan pemilik berbuat demikian kerana ada di kalangan umat Islam yang minum alkohol, menghisap dadah dan berzina.

“Itu semuanya haram bukan? Jadi apa salahnya makan babi. Ianya hanya makanan. Apa bahaya yang akan timbul?” soal mereka.

Tindakan mereka mendapat kecaman netizen kerana ia memberi gambaran dan pengaruh buruk kepada umat Islam di Jakarta.

Laman sosial Instagram Panggangin juga ditutup kerana kritikan dan komen tidak memberangsangkan yang memaksa mereka tidak lagi mempromosikan kafe itu secara terbuka.

So pada Cik Gaya, terpulanglah pada hak masing-masing, tapi kita dalam setiap agama dah meletakkan syarat yang sepatutnya untuk Cik Gaya dan korang-korang semua patuhi. 

Bercuti, bercuti juga, jangan dah pergi bercuti nanti sakit pula, kan dah susah! 

Leave a Reply

Your email address will not be published.