Setiap kali korang datang ke KL korang mesti nak tidur dekat tempat yang berbeza-beza, sebab nak cari idea dan taknak lah idea tempat yang sama setiap kali datang KL kan? Boring!
Surprisingly, this time Cik Gaya jumpa tempat yang cantik gilssssssss! Ambience & decor 10/10 i swear its true!!!!!!!
Gigih Cik Gaya nak introduce dekat korang hotel ni sebab ia terletak di Chow Kit iaitu antara 52 destinasi yang disarankan berkunjung oleh New York Times.
So Cik Gaya nak bagi idea dekat korang hotel mana yang best untuk korang stay dekat sana.
Hotel mewah The Chow Kit ni best and superb! sebab ia mempunyai design yang tersendiri, nampak klasik and santai.
Cik Gaya pun ada terbaca dekat Twitter @shahirahzai yang berkongsi beberapa keeping gambar di hotel tu, nampak menarik! Jom kita tengok.
Hotel The Chow Kit ini terletak di Chow Kit dan sangat disyorkan untuk korang cuba bermalam di sini. Disebabkan ia terletak di Chow Kit, korang boleh berjalan-jalan ke Jalan TAR, Sogo dan pelbagai lagi tempat berdekatan untuk membeli-belah serta lokasinya cukup strategik.
Selangkah masuk ke dalam hotel, korang akan melihat keindahan dan kecantikan rekaan cukup mewah yang pasti buat anda teruja. korang akan dapat melihat pelbagai barangan antik yang bernilai di lobi.
Malah, rekaan dalam bilik tampil dengan rekaan yang ‘just nice’ dan mewah pastinya membuat anda selesa. Menariknya, anda tidak perlu lagi minta air mineral jika tidak cukup kerana korang boleh ‘refill’ sendiri dalam bilik menggunakan mesin air yang disediakan.
Selain itu, korang juga melihat pemandangan kota raya yang cukup indah dan dapat melihat Menara Kuala Lumpur dari rooftop hotel. Memang cun habis! korang harus cuba pelbagai menu yang sedap di restoran dalam hotel ini kerana memang sedap dan lazat.
Dekat sini nak naik ke turun ke nak apa ke semua kena tap room card tau. So bab keselamatan korang jangan risau sebab ia memang terjamin.
Menarik, bukan? Harga penginapan ini bermula dari RM200 semalam dan harganya berpatutan dengan penawaran yang diberikan.
Mungkin korang berminat dengan artikel ni?
Korang berani tak nak try makan Nasi Lemak Depan Kubur?
Korang patut try lunch di tengah-tengah laut dekat Sabah!
Stress ke? Jom ‘fly’ lepaskan geram, jerit sekuat hati di Skytrex Sg Congkak!