Derita simpang empat neraka Dengkil berakhir, korang takkan terlambat lagi sampai ke KLIA!

0 Comments

Cik Gaya ada ramai kawan yang terlepas flight sebab sangkut dekat jalan simpang empat neraka Dengkil tu, yelah, bukan laluan harian, of course tak reti bajet masa. Akhirnya kena beli tiket flight baru..huh. 

Kesian Cik Gaya dengar, so memang betul lah gelaran nama yang orang ramai bagi, betul puaka, betul neraka. Ramai orang menyumpah simpang ni sebab terlalu lama nak tunggu traffic light tu berubah dari merah ke hijau. 

Keadaan itu juga menyebabkan jalan jem, dan korang pun turut akan stuck dalam keadaan yang lama di tengah jalan. 

But basically, kalau korang nak ke KLIA dari KL, akan ada 2 laluan yang korang boleh lalu, iaitu dari highway MEX straight ke highway KLIA, ia mengambil masa 20 minit untuk sampai ke KLIA dan korang akan dikenakan tol sebanyak RM4.30. 

But kalau korang nak jimat, korang boleh lalu dekat simpan empat neraka Dengkil dan laluan ni tak akan dikenakan tol, tapi jem nya mak aih betul lah macam neraka, memang itu pun gelaran yang orang ramai berikan dekat simpang empat tu sebab menunggu memang lama dari lampu merah ke lampu hijau. 

Korang akan stuck dekat situ je dalam 30 minit, lama kan? Dengan kereta beratur panjangnya, memang masak lah dalam kereta korang nak tunggu. Sebab tu Cik Gaya tak pelik ada yang sanggup berhabis RM4.30 sebab tak mahu tunggu lama dekat simpang empat neraka Dengkil ni. 

But, korang ada good news! Tak perlu dah tunggu lama lepas ni sebab akan ada fly over yang akan dibuka hujung Mac ni, so korang akan lebih cepat sampai di KLIA! Masa jimat, tambang pun lebih jimat! 

Pengumuman ini dibuat sendiri menerusi laman sosial Twitter Cyberjaya Info bahawa orang ramai dah boleh gunakan fly over tu end of this month! 

Cik Gaya sure ini memang good news untuk korang semua! So lepas ni takkan ada lagi masalah lambat sampai ke KLIA atau terlepas flight kerana simpang neraka Dengkil tu lagi.  

Tetapi korang sebaiknya rancanglah perjalanan dengan lebih awal supaya korang boleh sampai dengan selamat dan tenang. Awal tak apa, jangan terlambat! 

Sumber gambar : mapio.net

Leave a Reply

Your email address will not be published.