Duit kertas punca Covid-19 tersebar, apa harus dilakukan?

0 Comments

Cik Gaya faham keadaan sekarang, nak cerita sangat tempat menarik nak pergi pun macam tak best, sebab sekarang bukan masanya untuk korang pergi travel.

Banyak negara yang dah lockdown pun disebabkan Covid-19 dan Malaysia pun sekarang ni negara paling tinggi kes dicatatkan dalam Asia Tengara, hrm bahaya kan?

Cik Gaya pun naik risau..

Gambar : Astroawani.com

Tapi dalam kerisauan Cik Gaya ni, ramai je Cik Gaya tengok masing-masing pergi membeli belah sana sini, kenduri kahwin, jumpa kawan gossip sana sini dekat kedai makan. Eh korang taw kan bahaya? Tapi korang buat dek je kan? Dah kena nanti baru menggagau.

Tapi bukan itu yang Cik Gaya nak sembangkan, sekarang ni kita beriya jaga kebersihan cuci tangan untuk elak Covid-19, dia bukan sahaja boleh dijangkiti melalui pernafasan, malah melalui sentuhan pun bolah jadi.

Gambar : Pa&Ma

So duit kertas yang ramai orang pegang, duit bertukar ganti dari tangan A ke tangan B. selamat ke tidak?

Bahaya dik..bahaya.. jangan fikir benda tu selamat untuk dipegang.

Urusan harian kita kebanyakannya menggunakan wang namun tiada siapa yang mengesyaki wang sebagai bahan yang mampu menyebarkan kuman.

So macam mana kita nak buat urusan jual beli dan sebagainya?

Bayangkan, seorang peniaga atau penjaga kaunter “cashier” bersin dan mereka menggunakan tangan yang sama untuk menyerahkan wang.

Itu merupakan satu model jangkitan yang kita sering terlepas pandang.

Jadi bagaimana kuman pada duit tersebut boleh masuk ke dalam sistem pernafasan kita?

Kuman tersebut boleh beralih ke tangan kemudiannya muka setiap kali berlakunya sentuhan.

Menurut kajian yang diterbitkan di Jurnal Kebersihan Pekerjaan dan Persekitaran, secara puratanya, 10 subjek terlibat menyentuh muka sebanyak 16 kali dalam masa sejam.

Adakah penggunaan e-wallet lebih relevan untuk waktu kini?

Pelbagai jenis aplikasi eDompet telah dicipta bagi memudahkan urusan tunai tanpa menggunakan wang fizikal.

Namun penggunaannya di Malaysia belum lagi meluas.

Sistem transaksi ini dianggap leceh dan tidak semudah urusan pertukaran wang fizikal semasa urusan jual beli.

So adakah ia selamat?

Jawapannya tak semestinya…

So apa yang kita semua perlu buat?

Cuci tangan korang dengan menggunakan air dan sabun sebelum dan selepas melakukan urus niaga dengan jurujual.

Itu yang wajib perlu dilakukan untuk waktu sekarang ni.

Sumber : hellodoktor.com

sumber gambar utama : Astroawani.com

Leave a Reply

Your email address will not be published.