Kow Po wujudkan perpaduan kaum melalui ais krim

0 Comments

Ais krim merupakan hidangan pencuci mulut atau yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat negara ini yang cukup popular terutama dalam kalangan kanak-kanak.

Rasanya yang sejuk jika dimakan dapat menerbitkan kembali kesegaran di badan terutamanya dinikmati ketika cuaca panas terik. Memang favourite Dang Sari kalau tengah panas dapat ais krim memang pasangan yang terbaik.

Namun bagi korang yang sangat gemarkan ais krim, agak rugi jika tidak meluangkan masa berkunjung ke Kedai Aiskrim Kow Po yang terletak di Bentong Pahang dan bersebelahan dengan Bank Hong Leong serta berhampiran dengan Hentian Raya Bentong.

Pemilik kedai, Tan Kow Po berkata dirinya hanya bermula sebagai seorang peniaga ais kepal namun bercita-cita ingin membuka sebuah kedai ais krim hasil ciptaan resepinya sendiri.

Kow Po merakamkan gambar kenangan berdekatan dengan gambar-gambar pengunjung yang datang ke kedainya bagi menikmati ais krim hasil ciptaannya yang sangat digemari orang ramai
A close up of a white wall

Description automatically generated
Menu-menu aiskrim dan abc yang ditawarkan di Kedai Aiskrim Kow Po

Kow Po berkata, akhirnya dia berjaya membuka kedai aiskrim dan berjaya mencipta tujuh perisa aiskrim hasil ciptannya sendiri yang masih dapat dinikmati sehingga ke hari ini.

“Sudah 49 tahun kedai saya beroperasi dan perisa yang ada di kedai ialah perisa coklat, jagung, kacang, pandan, strawberri, kopi.dan pisang dan kesemua perisa menjadi kegemaran pengunjung yang datang.

“Ini sahajalah perisa aiskrim yang saya jual dan tidak bercadang untuk menambah perisa baru kerana mahu mengekalkan keaslian rasa ais krim yang ada di kedai ini sejak ianya dibuka,” katanya.

Kalau korang nak tahu apa yang specialnya ais krim Kow Po ini adalah tiada sebarang penggunaan ramuan istimewa dan hanya berteraskan empat bahan utama yang sama digunakan oleh pembuat ais krim yang lain.

“Saya hanya menggunakan tepung, tepung perisa aiskrim, susu dan air dan empat bahan ini adalah bahan bahan yang sama digunakan oleh pembuat ais krim.

“Namun, ais krim yang saya hasilkan aisnya sangat halus dan lembut serta tidak terlalu manis apabila dimakan dan itulah yang menjadikan ais krim saya istimewa dan digemari oleh setiap pengunjung yang datang,”katanya.

Kow Po menjelaskan, satu skop ais krim di kedainya berharga RM4 dan hidangan aiskrim di Kedai Kow Po juga dapat dinikmati dengan hidangan Abc yang berharga RM5 dan hidangan Abc bersama ais krim adalah kegemaran pengunjung yang makan di kedainya.

Menurutnya, kedainya juga yang beroperasi daripada pukul 10.30 pagi sehingga 7.30 petang bukan sahaja menerima kunjungan warga tempatan malah turut menerima pelancong dari luar negara serta kerabat DiRaja Pahang.

A truck is parked in front of a building

Description automatically generated

Ais krim Kow Po yang bersebelahan dengan Bank Hong Leong dan berdekatan dengan Hentian Raya Bentong menjadikan kedainya mudah dicari kepada sesiapa yang ingin berkunjung.

“Kedai saya juga turut didatangi oleh pelancong dari luar negara seperti Hong Kong dan juga Singapura dan ada pelancong luar yang datang ini merupakan pelanggan tetap saya…Apabila datang je Malaysia, mereka pasti akan singgah ke Bentong dan menikmati ais krim di sini.

“Kedai saya tutup pada hari Isnin dan Sabtu Ahad adalah hari yang paling ramai dikunjungi kerana rata-rata yang datang adalah pengunjung dari luar. Jika anda ingin datang pada waktu yang tidak terlalu ramai, boleh datang pada hari Selasa sehingga Jumaat kerana rata rata pelanggan adalah penduduk di sekitar daerah Bentong,” katanya.

Kalau ada yang nak pergi selain hari Sabtu dan Ahad, Dang Sari nak join sekali boleh sebab kalau pergi hujung minggu nanti takut menangis tak berlagu dek kerana tak dapat ais krim nanti sebab orang terlalu ramai memenuhi kedai.

Leave a Reply

Your email address will not be published.