Dah Plan Bercuti Tapi Takut ‘Ancaman’ COVID-19? Ini Antara Langkah Berjaga Korang Perlu Buat

0 Comments

Semakin hari semakin tinggi pulok statistik dilaporkan kes berkaitan wabak Covid-19 yang melanda beberapa negara termasuk Malaysia.  Kalau kita lihat di Malaysia sahaja sudah meningkat sehingga mencecah kira-kira 428 kes.

Bila jadi begini, Oh, I really scary guys…sangat takut terkena virus ini. Hari itu pun suami kakak ipar I, Dang Sari ada simptom-simptom Covid-19 namun syukur her husband disahkan tak kena apa-apa.

Right now, kerajaan juga telah mengeluarkan perintah Kawalan Pergerakan semalam yang pastinya membuatkan kaki-kaki travel terpaksa menggigit jari kerana segala penerbangan ke luar negara dibatalkan

Namun, sudah ramai dalam kalangan kita yang sudah membuat perancangan awal untuk bercuti bersama keluarga terutama sekali ketika promosi tiket penerbangan dijalankan. I know perkara ini diluar dugaan kita yang kita tak boleh nak buat apa-apa, banyak penerbangan ke lokasi tertentu terpaksa dibatalkan untuk mengelakkan penularan wabak tersebut.

Tetapi, I sarankan korang bagi reda dulu benda ini sehingga habis tempoh dan tengok dulu adakah Covid-19 makin turun atau naik. Jika turun dan dibenarkan travel, ini adalah beberapa langkah berjaga-jaga Budak Kaca Mata nak kongsikan yang perlu korang praktikkan jika ingin pergi ke luar negara

1. IKUT PANDUAN CDC

Kredit : Daily Mail

The U.S. Centers for Disease Control and Prevention (CDC) telah menyenaraikan beberapa negara yang berisiko tinggi yang sememangnya perlu elak berkunjung. Hal ini kerana jumlah kes COVID-19 di negara tersebut semakin meningkat.

Kalau diikutkan, banyak negara yang dah kena. So, korang tengok dulu apa nak dikatakan oleh CDC. Kalau betul dilarang janganlah korang cari pasal pergi. Orang tua-tua kata jangan nak cari penyakit woi.

2. IKUTI PERKEMBANGAN SEMASA

Kredit : The Guardian

Salah satu cara untuk terus kekal update dengan status COVID-19 adalah dengan mengikuti perkembangan melalui institusi media.  Pastikan you guys ikutlah perkembangan tidak kira media massa mahupun di media sosial bagi korang tahu apa situasi sebenar yang berlaku bukan sahaja di Malaysia malahan di dunia

3. JANGAN PANIK

Jika negara yang you guys ingin berkunjung tidak disenaraikan di dalam garis panduan dalam CDC, jadi chill jer, tidak perlu risau namun perlu berjaga jaga guys. Tetapi, jika you guys ni jenis yang mudah panik dengan situasi sebegini, molek tangguhkan perjalanan buat seketika.

Penting untuk tidak terus panic sebab berpotensi untuk menakutkan orang lain.

4. ELAK NAIK CRUISE UNTUK MELANCONG

Seperti apa yang kita baca di laporan berita dimana sebuah kapal persiaran perlancongan atau cruise Jepun, Diamond Princess disarankan untuk dikuarantin kan dulu. Menurut CDC, melancong menggunakan cara cruise amatlah tidak disarankan.

Hal ini sebab korang akan berada dengan ratusan orang di atas cruise tersebut dalam tempoh yang lama. Korang juga tidak tahu sama ada orang yang berada di dalam cruise tersebut bebas dari COVID-19 atau tidak. Bahaya kan..kan…

5. DAPATKAN REFUND JIKA PERLU

Kredit : Air Asia

Jika you guys sudah membuat keputusan untuk membatalkan perjalanan, pastikan sudah berhubung dengan syarikat penerbangan tersebut. Bukan itu sahaja, pembatalan hotel yang sudah ditempah juga perlu juga untuk dibuat.

Apa yang penting adalah untuk anda memastikan syarat pembatalan perjalanan diterima bersama-sama dengan duit ‘refund’. Rasanya kakak I ada menulis tentang artikel nak refund tiket disebabkan koronaviurs. Nanti I share link dia dekat bawah okay.

Wow, Air Asia nak ‘refund’ duit semula dek kerana Coronavirus

6. BERHATI-HATI

This is the important thing guys, jaga jarak you guys bila berhadapan dengan seseorang yang bersin ataupun ada menunjukkan symptom covid-19 walaupun lokasi yang you guys bakal kunjungi tidak tersenarai dalam senarai CDC,

And penting juga untuk you guys mempraktikkan tahap keselamatan dan kebersihan diri.Kalau bolh cukur jambang dapat membantu anda untuk kekal bersih. So, I ada senaraikan sikit apa yang perlu you guys buat bagi melindungi diri.

  • Elakkan berada dekat dengan orang sakit.
  • Elakkan sentuh mata, hidung dan mulut sebelum basuh tangan.
  • Pastikan anda duduk di rumah jika kurang sihat.
  • Tutup hidung dan mulut menggunakan tisu ketika bersin dan buang.
  • Bersihkan barang harian dengan menggunakan kelengkapan pencuci rumah yang mengandungi antibakteria.
  • Pakai mask jika rasa tidak sihat untuk mengelakkan penyebaran wabak.
  • Cuci tangan dengan sabun selama 20 saat terutama sekali selepas ke tandas, sebelum makan, selepas bersin atau batuk.
  • Gunakan hand sanitizer yang mempunyai sekurang-kurangnya 60 peratus kandungan alkohol.

Harap this info dapat membantu you guys yang aa ke luar negara dalam masa terdekat. Yang penting adalah untuk sentiasa berjaga-jaga ya!

Leave a Reply

Your email address will not be published.