‘CoronaTracker’ Ciptaan Saintis Malaysia Mampu Bantu Anda Dapat Informasi Sahih Covid-19

0 Comments

Kerajaan Malaysia telah pun memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini. Nampaknya kini kerajaan Malaysia telah pun mengambil keputusan drastik bagi melindungi rakyat Malaysia dari Covid-19.

Jadi, Dang Sari rasa mesti ramai di antara korang pun yang kini bekerja dari rumah kan. Dang pun kini bos dah bagi greenlight untuk Dang buat kerja dari rumah. Terima kasih bos sebab mengambil berat tentang kesihatan kami para pekerja.

Lepas ini ramailah akan duduk di rumah. Jadi, mesti ramai yang akan menghabiskan masa di rumah berbanding di pejabat. Hari ini Dang nak kongsi satu website yang diwujudkan bagi memberi liputan terkini dan paling penting sumber sahih tentang kes penularan wabak Covid-19.

Apa yang membanggakan Dang Sari, website yang dipanggil CoronaTracker.com  itu dibangunkan sendiri oleh seorang saintis dari Malaysia iaitu Dr. Lau Cher Han bersama-sama dengan lebih 400 pasukan sukarelawan dari seluruh dunia tau dan sememangnya website amat membandung korang ketika ini

Isi kandungan dalam portal CoronaTracker.com ini memaparkan pelbagai artikel dari sumber yang sahih kerana sudah ditapis oleh barisan sukarelawan yang profesional termasuklah pakar sains dan pakar perubatan. Ciri menarik dan sangat informatif lain dalam portal ini juga akan memaparkan statistik kes yang berkaitan dengan wabak tersebut.

Berikutan lambakan berita palsu yang disajikan di media sosial khususnya mengenai wabak ini, CoronaTracker.com banyak juga tau membantu Dang Sari sendiri.mendapatkan maklumat yang sahih seperti berapa jumlah kes, berapa jumlah pesakit yang telah disahkan dan juga angka kematian.

Yang paling penting, statistik ini juga akan dikemaskini masa demi masa dan paling penting adalah segala data yang dikumpul adalah dikendalikan oleh pasukan perubatan profesional. Bukan itu sahaja dalam masa 36 jam, pihak CoronaTracker juga berjaya mengumpul beratus barisan pakar sukarelawan dari Malaysia, Australia, Japan, Philippines, Singapore, Taiwan, USA dan lain-lain.

Jadi, korang dengan perintah yang telah dikeluarkan oleh kerajaan itu membuktikan bahawa Covid-19 ini bukan calang-calang virus sehingga kini telah menyebabkan ribuan orang mati akibat virus itu.

Jaga diri dan kurangkan aktiviti di luar rumah guys. Jangan jadikan arahan yang dikeluarkan kerajaan ini sebagai benda main-main pula, korang kena serius bab ni tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published.