Cuti covid-19 : layan Astro, Netflix free la dekat rumah guyssss…

0 Comments

Eh kalau macam ni punya cara bercuti, memanglah Cik Gaya pun seronok. Dah lah diberi cuti sampai hujung bulan, lepas tu korang tak payah keluar pergi mana-mana, korang tengok je tv sampai korang penat, lepas tu tidur.

Yelah, mentang-mentang Astro bagi banyak siaran free, pagi-pagi dengan tak gosok gigi, belum mandi, belum breakfast, korang dah bantai duduk dekat sofa layan movie kan?

Sebab Cik Gaya pun sama.. Well Astro tawarkan siaran percuma kepada kita semua ekoran wabak covid-19 yang yang  semakin membimbangkan.

Akses dibuka bermula jam 6 pagi 18 Mac 2020 kepada saluran merangkumi HBO, FOX Movies, Celestial Movies, tvN Movies, BollyOne dan banyak lagi. Malah, peminat filem dapat menikmati musim baharu siri ‘Westworld’ di HBO, filem-filem ‘blockbuster’ seperti ‘Avengers: End Game’ di Fox Movies, filem terbaik Anugerah Academy 2020, ‘Parasite’ di tvN Movies dan pelbagai lagi.

Ini senarai saluran yang boleh diakses secara percuma bermula esok sehingga 31 Mac 2020 termasuk:

  • BOO
  • HBO
  • Cinemax
  • FOX Movies
  • FOX Family Movies
  • FOX Action Movies
  • tvN Movies
  • Celestial Movies
  • Astro Citra
  • Tayangan Hebat
  • Thangathirai
  • BollyOne
  • HITS Movies
  • Celestial Classic Movies

Semuanya boleh ditonton di platform Astro juga di mana-mana sahaja pada bila-bila masa menerusi aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Apple Store dan Google Play. Korang juga boleh mengakses Astro GO di laman web astrogo.astro.com.my.

Sementara buat pelanggan NJOI pula, u guys mendapat akses percuma kepada dua saluran tambahan, iaitu KIX dan Nat Geo WILD.

Netflix pun free okay!

Cik Gaya rasa ini plan yang bagus, korang boleh jimat duit, tak merayau sana sini, lepak tengok movie dekat rumah. seronok kan? but yang kerja tu siapkan lah kerja dulu. jangan sampai kerja tergendala nanti masak korang kena dengan bos..

Oh indahnya bercuti macam ni Cik Gaya rasaaaa…

Leave a Reply

Your email address will not be published.