Tindakan kurang ajar ‘pembelian panik’ Covid-19 buat barang keperluan harian rosak

0 Comments

Hello korang! Apa khabar pembaca Dang Sari hari ini. Dang harap semuanya sihat-sihat belaka tau lebih-lebih lagi musim wabak Covid-19. Bagi korang yang bekerja di office, pastikan keselamatan kesihatan tu ada.

Hari ini Dang Sari yakin ada juga pembaca-pembaca Dang hari ini ada yang dapat cuti sedang berehat, ada juga yang bekerja di rumah. Jadi, hari ini Dang nak kongsi sikit dekat korang tentang pembelian panik.

Salah satu perkara penting yang perlu korang tidak lakukan ketika ini adalah dengan tidak melakukan sebarang pembelian panik namun tadi Dang tengok gambar tentang lambakan troli di sebuah pasaraya yang dipenuhi dengan barang keperluan harian dipercayai dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut sumber yang Dang Sari dapat, troli yang penuh ini ditinggalkan kemungkinan pembeli tidak mampu dah nak beratur panjang disebabkan orang terlalu ramai sehingga tamat operasi pasaraya tersebut.

Akibat sikap penting individu tersebut telah membuatkan barang-barang di dalam troli menjadi rosak seperti ayam menjadi busuk, sayur sudah melayu dan makanan sejuk beku terbiar begitu sahaja. Bak kata cef Wan, membazir tu Kak Jah oiii!!

Perkara ini juga kan telah menyusahkan orang lain khususnya pekerja di pasaraya tersebut yang terpaksa menyusun semula makanan itu disebabkan sikap pentingkan diri. Jika korang tak dapat membantu, janganlah sampai menyusahkan orang lain.

Jadi, korang semua, tolong ye jangan menyusahkan orang lain. Dang Sari harap perkara ini dijadikan pengajaran kepada korang agar perkara ini tidak kita ulangi semula. Pembelian panik ini tak perlu dilakukan pun, sebab Kerajaan Malaysia pun dah jamin barang mencukupi.

Lagipun, pasar raya masih lagi dibuka, korang nak beli barang basah dan keperluan harian masih ada seperti biasa. Jadi, jangan panik, ikuti segala arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang telah diaturkan oleh kerajaan kita. Jangan langgar, jika tidak korang bakal dihumban ke penjara tau. Bukan Dang Sari yang cakap tapi Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang cakap!

Patuh arahan tau korang dan selamat berehat…

Artikel berkaitan
Ramai dah ‘panic buying’ kerana covid-19, stop travel guys!
Covid-19 : apa beza ‘lockdown’ dengan kawalan pergerakan?

Leave a Reply

Your email address will not be published.