Silap besar la kaut untung jual face mask RM1 waktu ni..

0 Comments

Jangan cakap nak pergi bercuti, keluar dari rumah je kita semua dah kena pakai face mask. Bukan kira penting, wajib ada dekat rumah tahu face mask ni.

Ibaratnya korang memang berdosa kalau face mask ni tak ada dalam rumah. Cik Gaya pesan ni dekat korang sebab Cik Gaya sayangkan korang, tak nak apa-apa jadi dekat korang, bahaya, kan? Sebab takut yang lain pun jadi mangsa..

So keprihatinan ni penting untuk setiap orang, termasuklah Cik Gaya sendiri.

Gambar : FB Muhammad Nuzul Syahmi

So bercakap tentang isu prihatin ni, ada beberapa pihak yang tidak bertanggngjawab yang menjual face mask ni RM1 sekeping! Marahnya Cik Gaya, tengok apa lah punya perangai ni.

Dalam waktu sekarang kita tengah krisis, pentingkan keselamatan, ada lagi yang pentingkan keuntungan, iya faham Cik Gaya bukan tak tahu kita ni hidup perlukan duit.

Tapi jangan melampau guysss sebab benda tu cuma 20 sen je sehelai.

Gambar : Bernama

Sebuah farmasi di Selayang dikompaun kerana menjual penutup hidung dan mulut RM1 sekeping.

“Hasil uji beli yang dibuat oleh pegawai penguat kuasa yang menyamar sebagai pelanggan mendapati peniaga tersebut telah menjual penutup hidung dan mulut jenis 2-ply dengan harga sekeping RM1 sedangkan harga kawalan yang telah ditetapkan ialah 20 sen sekeping,”

Hrm memang la kena sita dah nak kaut untung waktu ni cik abang. Wrong timing la brader. Adui

Leave a Reply

Your email address will not be published.