Bestnya banyak duit… boleh beli pulau asingkan diri dari covid-19 macam Ronaldo…

0 Comments

Cik Gaya ada terbaca yang pemain bola sepak kelahiran Portugal, Cristiano Ronaldo dikatakan telah membeli sebuah pulau untuk dia dan keluarga stay dekat situ sampai covid-19 ni betul-betul reda.

Fuh banyaknya duit dia sampai boleh beli pulau, asingkan diri 1 family daripada orang ramai, duduk lah dekat situ ibarat sedang bercuti. Kalau macam tu jangan cakap sampai hujung bulan bercuti, setahun pun Cik Gaya sanggup!

Tapi tak pelik pun kalau dia beli pulau sebab gaji dia memang luar biasa, gaji Cik Gaya ni yang hado, kerja kerajaan, ciput, berangan nak beli pulau? Eh tumpang girlfriend Cik Gaya jelah, itu pun boleh beli apartment je, pulau tak mampu weh.

Berapa la nilai pulau yang dia beli tu, mak aih..memang la selamat dari covid-19 kan? Macam tu lah logiknya..tapi kalau dia nak kena, dia tetap kena jugak..kuasa tuhan kan?

Well, perkhabaran itu Cik Gaya tengok dalam posting wife dia, Georgina yang dilihat berada di satu lokasi iaitu Madeira, Portugal.

Gambar : Instagram Georginagio

Menurut Juventus, Ronaldo kini sedang dikuarantin di pulau itu sehingga masa yang ditetapkan kelab bola sepak tersebut.

Ronaldo mengambil tindakan tersebut apabila pemain pertahanan pasukan Juventus, Daniele Rugani disahkan positif covid-19.

Oleh itu, Ronaldo telah dikecualikan daripada sesi latihan sehingga waktu kritikal ini reda.

Itu lah ceritanya, kalau banyak duit, jangan cakap pulau, beli 1 planet ni pun boleh kan? Bestnyaa kalau Cik Gaya ada duit banyak macam tu. haish…

Leave a Reply

Your email address will not be published.