Alahai… ‘Hand Sanitizer’ Hospital Pun Nak Rembat Ke!

0 Comments

Penggunaan cecair pembasmi kuman ataupun “hand sanitizer” sangat digalakkan kepada orang ramai dalam mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19). Laku kelas babe benda ini sekarang. I tengok peniaga online baru je upload terus habis tak sampai sejam.

Ini membuktikan korang memang terbaik dalam menjaga diri bagi menghindari Covid-19 daripada tersebar. Budak Kaca Mata lihat pun dah masuk hari ketiga ini orang ramai mula sedar tentang Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan kerajaan.

Namun yang I rasa nak marah pula ini, you know guys ada segelintir orang yang tidak bertanggungjawab dipercayai telah mengambil cecair pembasmi kuman dari hospital hingga menjadi bualan hangat netizen di Twitter.

Yang I geram dengan selamba je dia memuat naik di Twitter dengan kapsyen, “Ambil di hospital je percuma”. Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada perkara berkenaan benar berlaku dan sengaja mencuri atau sekadar gurauan tapi kalau gurauan pun I tak boleh terima.

Sepatutnya pesakit atau keluarga yang datang menjaga adab dalam menerima rawatan tetapi korang boleh pula mencuri pembasmi kuman dan tular juga ada yang curi mask. Come on guys, itu hak kerajaan bagi memudahkan orang ramai di hospital.

Sikap pentingkan diri sendiri guys memudaratkan. Ada orang seperti ini yang menyebabkan virus menular. Dah jadi begini nampak gayanya memang hospital perlu menampal sticker hak milik kerajaan supaya orang nak ambil tu rasa bersalah dan segan sahaja

Tapi I yakin kalau orang nak ambil dia nak ambil juga walaupun sticker tu dah bertampal tapi ada sesetengah orang dia akan sentap bila melihat perkataan ini. Sekurang-kurangnya kita dapat kurangkan kecurian di hospital.

Kepada pembaca Budak Kaca Mata, I harap you guys tak tergolong dalam golongan orang yang suka rembat barang hospital. No! No! No!, tak mau tau guys. Kalau habis, farmasi atau pasaraya ada dijual guys. Dekat online pun berlambak tau.

So, sekian sahaja penulisan I hari ini. I hope you guys jaga diri elok-elok di rumah guys and Just Stay Home, okay.

Artikel berkaitan
Perintah Kawalan Pergerakan Bukan ‘Percutian’, Jika Berdegil! Siap Sedia Hadapi “Lockdown”
Kan dah pesan jangan balik kampung…penumpang bas dari JB ke Kuantan pula positif covid-19

Leave a Reply

Your email address will not be published.