China lakukan tindakan “Action Without Delay”, Hantar Ubat-Ubatan Buat Pesakit Covid-19 Malaysia

0 Comments

Whatzupp guys. Apa khabar pembaca Budak Kaca Mata untuk hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan? I harap you guys semua dalam keadaan sihat dan please stay home guys. I know you guys bosan kan duduk rumah kan.

Samalah dengan I bosan namun demi kita membanteras virus Covid-19 ini daripada mereka, kita kena lakukan “social distancing” dengan cara kita duduk di rumah. I yakin dengan cara begini penyebaran wabak ini mampu dikurang.

So, bila kita lakukan begini, kita membantu pasukan perubatan mengurangkan jumlah pesakit yang menghidapi Covid-19. Risau I tau bila hari pertama perintah kawalan dikeluarkan, makin naik pula orang yang dijangkiti dan bukannya menurun. Jadi, please guys, stay at home.

China pun mereka dah lakukan lama perkara begini sehingga mereka lagi teruk tau. Langsung tak boleh keluar rumah. Pasar raya pun ditutup, kita patut bersyukur sebab barang keperluan harian kita masih boleh dapati.

Dan kini negara yang menjadi punca penyebaran wabak itu kini sudah pun semakin beransur pulih dan hospital-hospital yang menempatkan pesakit Covid-19 mulai kosong yang membuktikan teknik negara ini berkesan dalam membendung penyebaran wabak ini.

Kini guys, negara China baik hati telah menghantar bekalan ubatan dari China ke Malaysia demi mencegah wabak Covid-19. Maklumat ini I peroleh menerusi laman rasmi Facebook Kedutaan China di Malaysia yang mereka turut berkongsi beberapa keping gambar bekalan ubat sudah mendarat sampai di Hospital Sungai Buloh.

“Action without delay! The first batch of medical materials from China is on the way to Sungai Buloh Hospital” Kedutaan China di Malaysia.

I amat berterima kasih dengan negara China kerana selepas negara diorang berjaya menangani wabak Covid-19, dia bertindak pantas membantu negara kita demi membantu Malaysia bebas dari virus yang telah pun mengorbankan ribuan nyawa di seluruh dunia.

Terima kasih China. Jasamu akan Budak Kaca Mata kenang selamanya. Buat you guys. Please stay home!

Artikel berkaitan
Tindakan kurang ajar ‘pembelian panik’ Covid-19 buat barang keperluan harian rosak
Challenge covid-19: jilat tong sampah pulak…

Leave a Reply

Your email address will not be published.