Akibat Degil! Polis ‘Jemput’ Ayah Anggota Tabligh Jalani Saringan Covid-19

0 Comments

Hamka nasihatkan pembaca-pembaca Hamka agar bagi mereka yang disyaki atau korang sendiri merasakan diri korang mempunyai symptom Covid-19, korang pergi ke hospital membuat peperiksaan demi kita mengurangkan penyebaran wabak ini.

Janganlah korang menyusahkan mereka yang terpaksa bekerja seperti polis ataupun doctor untuk memanggil korang pula di rumah untuk suruh pergi ke hospital. Perkara ini dah pun terjadi tau di mana Jabatan Kesihatan Daerah Labuan terpaksa mendapatkan bantuan polis untuk membawa warga emas yang enggan menjalani ujian saringan Covid-19 di Labuan, semalam.

Lelaki berusia 68 tahun itu dikatakan perlu dibawa ke hospital selepas kontak pertama anaknya telah menghadiri perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor, hujung bulan lalu yang memerlukan mereka yang mempunyai kaitan perlu disemak.

Dia sebenarnya dah pun dikehendaki menjalani ujian dan kuarantin 14 hari di Hospital Labuan, namun enggan hadir secara sukarela meskipun sudah beberapa kali diarah berbuat demikian.

Keengganannya itu memaksa sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Labuan ‘menjemputnya’ di rumah di Taman Mutiara, Sungai Beduan, Bebuluh, Labuan kira-kira 4 petang semalam.

Sepatutnya, warga emas itu perlu mematuhi arahan yang memerlukan dia dikuarantin pada 17 Mac lalu namun berdegil sehingga memaksa sepasukan petugas perubatan datang ke rumahnya untuk membawa lelaki itu.

Pada mulanya, dia tetap berdegil tidak mahu ke sana namun dengan bantuan seorang pegawai dan dua anggota polis kepada pihak hospital dan menggunakan kekerasan secara minimum seperti mengenakan tindakan undang-undang. Nah, baru dia pergi ke hospital.

Warga emas tersebut kini telah dikuarantin di Pusat Kuarantin Hospital Labuan selama 14 hari. Jadi korang, Hamka harap korang jangan jadi macam pak cik ini yang telah banyak menyusahkan banyak pihak.

Tak pasal-pasal anggota perubatan terpaksa meminta bantuan polis untuk suruh ke hospital. Kalau terus serah diri ari tu kan bagus. Silap-silap agaknya pak cik tu dah boleh balik jika dia negative dari Covid-19. Hamka minta tolong sesiapa yang masih belum serah diri. Please serah diri, bukannya mereka nak makan korang pun malah nak bantu korang untuk sembuh dari Covid-19.

Bagi yang tiada tanda-tanda symptom, Hamka harap korang jaga diri dan yang paling penting Just Stay Home dan jangan gatal-gatal nak keluar rumah pula

Artikel berkaitan
Alahai… ‘Hand Sanitizer’ Hospital Pun Nak Rembat Ke!
Kaki travel boleh bincang dengan hotel untuk tuntut wang semula

Leave a Reply

Your email address will not be published.