Mula-mula Cik Gaya pun pelik, kenapa Itali negara paling banyak kena serang dengan Covid-19 sedangkan Itali ni negara yang penuh dengan lambang kemewahan dan kemegahan.
Iyelah Itali ni kan :
- Juara World Cup sebanyak 4 kali.
- Pusat rujukan fesyen dari seluruh dunia.
- Pengeluar jentera jalan raya paling hebat di dunia seperti Ducati, Ferrari, Lamborghini dan Maserati.
- Itali lah yang memulakan era Renaissance seterusnya mengubah haluan sejarah Eropah dan dunia amnya.
TAPI?
5,476 jumlah kematian di Itali setakat 8 jam yang lepas.
Tak ada tanda surut, kes baru COVID-19 semakin meningkat tak bagi belas kasihan – Itali sedang dalam peperangan getir. Mereka sedang keletihan.
KENAPA?
1. Sistem birokrasi
Birokrasi ni maksudnya mereka akan ikut je dengan peraturan yang ditetapkan. Dan mereka takkan ubah secara mendadak. Sebab tu lah masa covid-19 ni mula merebak, mereka masih lagi berurusan seperti biasa, pengangkutan awam masih terus beroperasi di sekitar Itali. Kerajaan Itali ambil masa yang sangat lama untuk sekat penerbangan keluar masuk.
2. Kurang Cekap
Cara kehidupan mereka mengutamakan keperibadian. Mereka akan utamakan keluarga dulu. Layan anak anak, makan sama sama. Meeting penting macam mana pun letak belakang dulu. Haha berasap bos kita kalau semua staff di Malaysia macam perangai orang di Itali!
3 Faktor usia
Ni semua orang tahu lah, COVID-19 lebih banyak menyerang orang tua. Mangsa paling banyak kena serang dekat Itali pun memang ramai warga emas. So Cik Gaya rasa dalam hal ni Itali kurang bernasib baik sebab kadar kematian dia ramai orang tua.
Bila daerah Lombardy dan Lazio diarahkan lockdown, rakyat balik kampung rumah mak ayah atok nenek. Maka automatik covid-19 menyerang orang tua di sana.
So itu diantara sebab kenapa Itali lebih banyak kena serang dengan covid-19.
Haa mulalah Cik Gaya nak membawang…
Cik Gaya sebenarnya puas fikir, punyalah ramai para genius dilahirkan dari negara tu seperti Marco Polo, Leonardo Da Vinci, Galileo. Sebut je nama-nama ni semua orang tahu dari Itali.
Tapi kenapa lah sampai jadi macam tu, kan?
Itali ni memang antara tempat yang Cik Gaya teringinnnn sangat nak pergi.
Tapi sayang..rakyat di Itali masih berfikir yang mereka ni berasal dari bangsa yang hebat.
Kalau Cik Gaya pun Cik Gaya bangga berasal dari Itali. Haha! Orang tanya je where are you from?
Cik Gaya pun, ‘Oh I’m from Italy!’ tak ke sedap bunyi nya tu, kan?
Tapi kemegahan itu tak membawa apa makna sebab sekarang pun mereka masih tak peduli walaupun dah catatkan kematian paling banyak, lebih dari China.
Cik Gaya sebenarnya kesian sangat dengan mereka.
Sebab mereka masih lagi dalam dunia sendiri, terus fikir hidup ni kena cool. Apa jadi pun tak perlu panik, tak perlu kalut, tak perlu tergocoh, tak perlu risau sangat sebab masih ada kopi espresso yang perlu dihirup.
Ha nampak? Tu lah dunia Itali uols!
Tapi sebab perangai manusia masing-masing lah yang menyebabkan kematian semakin meningkat dari hari ke hari di Itali sekarang.
Di Malaysia, kita mungkin berbeza dengan Itali. Tapi satu benda yang pasti sama. Kalau kita terus degil buat kepala tak mendengar kata, maka tunggulah lagi besar bencana tiba.
Sumber artikel :
FB Fdaus Ahmad
sumber gambar : Riich me