Wow! Tak pasal-pasal kedai kain di India ni famous gila sebab nama kedai kain dia Corona, sama dengan nama virus yang melanda 1 dunia ni! Haha tergelak Cik Gaya baca..
Kedai tersebut terletak di Kerala, India yang dikenali sebagai “Corona” kini menjadi tumpuan ramai.
Menurut laporan India Times, pemiliknya yang dikenali sebagai Pareed, kedai itu menerima kunjungan luar biasa semenjak penularan wabak berkenaan.
“Ramai yang datang nak swafoto, ada yang tersenyum sambil pandang saya.
“Ramai yang lalu naik kereta, mereka akan pandang ke kedai ini,” ujarnya.
Kata Pareed, dia juga mengamalkan langkah pencegahan dengan membuat sanitasi di kedainya.
Setakat ini, India mencatat 142 kes Covid-19 dengan tiga kematian.
Tu cerita ringkas tentang kedai kain tersebut, so lepas keadaan dah reda ni, korang boleh lah pergi travel ke India, bukan takat Taj Mahal je korang boleh pergi, tapi kedai corona ni pun boleh jadi 1 tempat kenangan terindah yang perlu disimpan sebagai salah satu memori dalam hidup korang.
Jangan lah korang perangai gila-gila nak buat challenge waktu ni nak pergi bergambar dekat depan kedai Corona sebagai ‘challenge covid-19’.
Semua tengah lockdown, Malaysia pun di bawah kawalan pergerakan, jangan rasa nak meah sangat pergi luar negara semata-mata nak buat kerja gila.
Ingat pesan Cik Gaya, okay?
sumber gambar : India Times