Filem ‘Contagion’ ramal wabak Covid-19?

0 Comments

Ha ni menarik untuk Cik Gaya share kan dengan korang, ada 1 filem korang boleh tonton yang dikatakan mereka membuat ramalan awal tentang covid-19.

Banyak teori konspirasi yang timbul akibat kemunculan wabak Covid-19. Ada yang kata Amerika Syarikat sengaja cipta virus ini untuk mengalahkan kerajaan China. Tapi sejauh mana kebenaran dakwaan ini tiada siapa yang tahu.

Cuma Cik Gaya baru je lepas tengok malam tadi filem ni, ada asas juga lah kalau netizen cakap filem ni macam ramalan kepada covid-19.

Judulnya, “Contagion” yang berkisah tentang wabak yang juga bermula dari kelawar dan khinzir.

Ia sama macam apa yang dikatakan punca wujudnya wabak Covid-19.

Filem ini yang ditayangkan pada 2011 difahamkan telah diinspirasikan daripada kejadian wabak SARS yang melanda dunia sekitar tahun 2003 dan wabak “swine flu” pada 2009.

Selain itu, dalam filem ini juga, wabak itu dikatakan bermula di Hong Kong.

Jadi ia seakan lebih kurang sama dengan virus Covid-19.

Virus dalam filem Contagion ini juga merupakan “novel virus” di mana virus tersebut tidak pernah dijumpai sebelum ini.

Namun, ada juga yang mengatakan bahawa filem ini tiada kaitan dengan ramalan wabak Covid-19 sebab filem ini juga diinspirasikan daripada wabak selesema burung.

Pesakit wabak dalam filem ini akan mengalami sawan dan mulut mereka akan berbuih-buih sebelum mati secara tiba-tiba.

Rata-rata netizen mempunyai pelbagai reaksi mengenai filem Contagion ini.

So dengan masa yang banyak ni apa kata korang try tengok filem ni, korang pulak share pandangan dengan Cik Gaya.

On tak On?

Leave a Reply

Your email address will not be published.