Warkah ‘Covidiot’ Buat Tatapan Insan Yang Degil Ketika Covid-19

0 Comments

Hey whatzup guys, bersama kembali Budak Kaca Mata untuk hari ini. I tengok sekarang ni pelbagai ragam manusia yang wujud ketika kebanyakan negara kini menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan namun pernah tak korang dengar perkataan ‘covidiot’? Ini perkataan baru yang muncul akibat wabak kita sedang alami sekarang…

Kedengaran sedikit kesat tetapi perkataan ‘covidiot’ kini digunakan dalam kamus urban tau bagi mendefinisikan individu yang mengabaikan peringatan berkaitan kesihatan dan keselamatan ketika penularan wabak Covid-19.

Kredit: Urban Dictionary

Perkataan ini juga merujuk kepada mereka yang suka membeli barangan keperluan dalam kuantiti banyak tanpa menghiraukan orang sekeliling. Yelah, tengah musim Covid-19 memang wujud orang begini yang tak langsung mempedulikan orang lain. Ikut tekak dia je kan guys.

Kamus di dalam talian itu juga memberi contoh menerusi ayat penyata dan ayat tanya dalam bentuk sarkastik bagi menggambarkan individu yang digelar ‘covidiot’.

“Adakah anda lihat 300 bungkusan tisu di dalam bakul covidiot itu?”

“Covidiot itu memeluk semua orang yang dilihatnya.”

Berdasarkan laman web berkenaan, perkataan dengan definisi itu mendapat undian yang tinggi daripada pelayar.

Wow, sentap sangat ayatnya, Ini siapa yang memang suka beli barang banyak dan yang degil suka keluar-keluar sesuka hati, I rasa mahu tertembak terus dekat muka dia.

Bagi I walaupun ayat yang digunakan nampak kasar namun sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran kepada orang ramai supaya kalau nak beli barang tu, ingat orang belakang ye.

Artikel berkaitan
Alahai… ‘Hand Sanitizer’ Hospital Pun Nak Rembat Ke!
Kaki travel boleh bincang dengan hotel untuk tuntut wang semula

Leave a Reply

Your email address will not be published.